Maaf, lama tidak menulis di sini. Banyak kekangan waktu menyebabkan banyak cerita tertangguh. DN mulakan dengan hotel terakhir DN menginap semasa berada di Korea. Eh? Ada lagi cerita Korea? Hehe... Mula-mula malas nak cerita pasal hotel ini tetapi bila fikir semula, cerita juga lah.
The M Hotel terletak di 14-23, Yeouido-dong, Yeouido, Seoul, Korea. DN menginap 2 malam di sini sebelum kembali ke tanah air. Hotel ini ada kemudahan dapur di tepi pintu masuk kanan, iaitu berhadapan dengan toilet. Itu memang best tetapi bilik ini sangat sempit untuk 2 orang. Nak solat pun susah. Kena tolak meja dan katil baru ada ruang sedikit untuk solat. Lantai sepatutnya ada heater untuk memanaskan lantai tersebut tetapi bilik ini mempunyai masalah. Sejuk betul bila tiada heater di lantai. Dah letih adjust tetapi sama sahaja. Jadinya, layan sahajalah bilik sejuk ini.
Inilah serba serbi kemudahan yang disediakan. Bilik air juga comel sahaja tapi semua kemudahan asas seperti tandas, basin dan shower ada di dalam hotel ini. Menurut agoda.com, bilik double deluxe ini berharga RM320.83. Kenapa bilik yang DN dapat lain dari gambar yang ditunjuk? Hahaha... Takpe lah. Nak macam mana. Layan...
DN rasa nak cerita mengenai beberapa informasi berguna yang boleh digunakan kepada mereka yang ingin berkunjung ke Korea. Hmm.. Nanti DN ceritakan ye...