Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Seaworld + Wax Museum di 63 City Building

$
0
0
Hmm.. Rasanya ini adalah entry terakhir travelog DN ke Korea. DN tak tahu nak cerita apa lagi di sini. Tengok lah kalau ada sesuatu yang menarik untuk DN kongsikan di sini. Cerita DN akan berakhir di 63 City Building. Apa yang ada di 63 City Building ini?


Kalau dilihat di dalam guide map yang ditunjukkan, terdapat Seaworld, Food Court, Wax Museum, Art Hall dan Buffet Pavilion. Semasa di sini, DN hanya dibawa melihat Seaworld dan Wax Museum sahaja. Jom ikut DN ke Seaworld dahulu...


Peguin ini nampak statik sahaja. Mula-mula ingatkan patung. Rupa-puranya memang hidup. Pandai berlakon ye.


Berjalan-jalan di atas cermin dengan dibawah dikelilingi dengan hidupan laut. Memang mengujakan. Nampak ketam tu? Sama kan macam ketam yang DN jumpa di Daepohang Seafood Market.


Perjalanan diteruskan dan dikiri kanan DN dipenuhi dengan hidupan laut yang unik dan berwarna-warni. Cantik dan menenangkan sahaja melihat keindahan hidupan laut ini.


Bukan sahaja hidupan laut, di sini juga dapat dilihat pelbagai jenis burung dan haiwan-haiwan lain. Tapi haiwan hutan seperti singa atau harimau tiada lah disini ye.


Selepas melihat-lihat hidupan laut ini, kami disajikan dengan persembahan oleh singa laut. Comel sahaja tengok mereka bermain bersama. Pandai sungguh bila hendak meminta makanan dari orang berbaju biru itu.


Selesai di Seaworld, kami dibawa ke Wax Museum pula.


Di dalam Wax Museum ini terdapat patung tokoh dan artis terkenal seperti Benjamin Franklin, Madame Tussaud, Leornado De Caprio, Micheal Jackson dan ramai lagi.


Terdapat juga pelbagai karakter seperti Jacky Chan, Spiderman dan lain-lain disini. Yang menjadi persoalan DN adalah... DN berada di Korea tetapi kenapa tiada artis-artis Korea disini? Kenapa mesti mereka yang tiada kaitan dengan kebangkitan drama atau cerita Korea berada di Wax Museum ini? Bukankah drama Korea sangat diminati oleh pelbagai pelusuk negara, jadi pasti Wax Museum akan menjadi tarikan jika patung pelakon-pelakon Korea berada di sini.

Hmm... Mesti mereka ada sebab tersendiri kan. Tidak kisah lah. Huu... Next? Ada lagi ke cerita travelog Korea dari DN? Nanti DN cuba godek apa yang ada untuk DN ceritakan lagi. Jumpa lagi! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles