Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Bersukaria Di Lotte World 'Mask Festival'

$
0
0
Halo! DN nak sambung lagi ceritera Korea DN. Harap kalian tak jemu lagi membaca. Ada beberapa siri lagi sebelum DN sambung travelog ke lokasi yang akan diberitahu kelak. Baca tau.. Jangan tak baca. Hehehe... :p


DN berpeluang menjejakkan kaki ke Lotte World semasa DN berkunjung ke Korea. Lotte World merupakan theme park pertama di Korea dan telah dibuka untuk kunjungan pada 12 Julai 1989. Harga tiket untuk sekali masuk adalah 25,000 won (RM68) dewasa dan 22,000 won (RM60) kanak-kanak.


DN ke sini semasa Mask Festival. Oleh itu, pelbagai mask dijual disini dan serba-serbi dihiasi dengan mask. Memang meriah dengan warna-warna ceria. Kenapa harus pink ye? Hmm... Yang itu DN pun tak boleh nak jawab. Hee...

Pelbagai permainan ada di dalam ini. Tetapi rasanya budak-budak yang paling seronok bila ke sini. Jika dibandingkan dengan Universal Studio Singapore (USS), secara jujurnya permainan di USS lebih meriah dan lebih universal. Universal di sini bermaksud sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.


Disebabkan tidak tahu hendak bermain permainan apa, naik lah Aeronauts ini. Jalan keliling melihat pemandangan Lotte World indoor dari atas. Ada jugalah beberapa permainan lain yang DN main di sini. Semuanya lebih kurang sama macam permainan di Sunway Lagoon ataupun Genting Highland. Bezanya, lokasi permainan ini adalah di Korea. Hmm.. Turun dari Aeronauts, perut lapar tetapi tiada makanan yang berani untuk dijamah disini. Makan biskut bekal dalam bag sahajalah. Huu...


Selesai di indoor, DN keluar ke outdoor pula. Cuaca panas tetapi sejuk dan berangin. Menggigil juga bila keluar. Patut ramai yang berada di indoor jika dibandingkan dengan outdoor. Main 1 game, jalan-jalan tangkap gambar, siap dah aktiviti di outdoor.


Masuk semula ke dalam bangunan. Barulah selesa sedikit sebab di dalam tidak sesejuk di luar. Duduk merehatkan diri sebentar, tiba-tiba lalu kereta berhias menandakan akan adanya persembahan sebentar lagi. Ingat sempat lah tengok persembahan, tetapi diorang dah panggil nak kena naik bas. Adehh... Terpaksalah lupakan niat untuk melihat persembahan sempena mask festival mereka.

Takpe lah. Nak buat macam mana. Kena lah ikut jadual yang telah ditetapkan. Lokasi berikutnya adalah ke 63 building. Apa yang ada di sana? Tunggu entry selanjutnya ye. Jumpa lagi! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles