Sekembalinya DN dari Mt. Sorak dan selepas makan tengah hari, DN dibawa ke Daepohang Seafood Market. Di sini sama seperti pasar basah di Malaysia cuma keadaan di sini lebih bersih. Maaf, DN terpaksa mengakui di sini lebih bersih berbanding negara sendiri. Terdapat pelbagai stall makanan laut yang digoreng tetapi DN seharusnya khuatir untuk memakannya kerana kelihatan bercampur dengan makanan yang tidak halal. Oleh itu, memang sesuai lah dengan tajuk hanya melihat-lihat hidupan laut segar di dalam akuarium.
Semua hidupan laut disini masih hidup dan sangat segar. Seperti ketam yang dilihat di dalam air ini, masih hidup dan sihat walafiat. Beberapa orang yang pergi bersama DN telah memilih untuk memakan ketam ini. Apa yang dibuat adalah ketam yang masih hidup seperti dipegang oleh orang diatas, telah dimasukkan di dalam air yang panas menggelegak kemudian ditutup untuk beberapa minit. Selepas itu, dikeluarkan dan sedia untuk makan. Gulp! DN tak lalu nak makan bila tengok cara mereka memasak ketam itu. Huu... Memang jalan-jalan cuci mata sahajalah. Dah ada di dalam program kan. Layan...
Selain itu, di sini juga dijual pelbagai jenis ikan kering. Cara mudah untuk memakan ikan kering ini adalah dengan membakarnya dahulu kemudian sudah sedia untuk dimakan. DN? Seperti biasa melihat-lihat dan mencuci mata sahaja. DN rasa seperti tempat ini tidak sesuai untuk DN. Hmm... Tidak apa lah. Kita menghormati orang lain yang hendak makan dan membeli di sini.
Selesai di sini, DN menuju ke hotel kedua penginapan DN di Korea. Di mana? Apakah nama hotel tersebut? Nantikan entry DN seterusnya.