Pada 18 April 2012 bertempat di Black Box, Kencana Building Publica telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun pertama www.lazada.com.my Malaysia. Sambutan ini telah dihadiri oleh ramai jemputan dan pihak media bermula dari jam 6.00 petang.Semua yang hadir berpeluang melihat sendiri bagaimana Lazada menjalankan perniagaannya, pencapaian sepanjang tahun 2012 dan perancangan masa hadapan Lazada Malaysia.
Di sambutan ulangtahun pertama Lazada Malaysia ini, Lazada telah melancarkan sebahagian inisiatif mereka bagi meluaskan rangkaian perniagaan mereka di Malaysia iaitu :-
Lazada Malaysia akan memastikan bahawa kempen Lazada Promise akan berjaya dimana kempen ini melibatkan perkara-perkara berikut :-
- Barang sampai kepada pembeli dalam masa 48 jam sehingga 78 jam
- Jaminan harga terbaik jika dibandingkan dengan mana-mana rangkaian perniagaan online
- Polisi pemulangan barang 14 hari
Sambutan ulangtahun ini dimulakan dengan persembahan secara spontan berkomunikasi (video call) dengan pekerja mereka untuk menunjukkan secara terus bagaimana Lazada menjalankan perniagaan mereka. Kemudian, CEO of Lazada Southeast Asia, Mr. Maximilian Bittner menyampaikan ucapan beliau diikuti oleh Managing Director Lazada-Rocket Internet, Mr. Igor Pezzilli. Akhir sekali ucapan penutup oleh PIKOM President, En. Shaifubahrim Saleh diikuti dengan bergambar beramai-ramai sebelum mereka memotong kek bernombor 1 menunjukkan bahawa Lazada sudah bertapak di Malaysia selama setahun.