Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all 471 articles
Browse latest View live

Review Filem : Jangan Pandang Belakang Boleh?

$
0
0
 "Jangan Pandang Belakang Boleh?" merupakan filem ke-89 bergenre komedi seram. Ia diparodikan daripada filem asal "Jangan Pandang Belakang" yang pernah menjadi fenomena industri filem tempatan dengan kutipan mencecah RM6.5 juta pada tahun 2007. Filem "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di bawah pengarahan Ismail 'Bob' Hasim menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.
Filem "Jangan Pandang Belakang Boleh?" mengisahkan tentang teman wanita Dharma (Zalif Sidek), Rose (Adibah Yunos) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri (Shima Anuar) tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose.
 Namun ketika pencarian itu, Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik. Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus. Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra (Epy Kodiang) tetapi mereka tidak mempercayainya.  Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya. Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung.
Siapakah makhluk yang sering mengganggu dirinya? Dapatkah Dharma dan Seri mencari punca sebenar kematian Rose? Adakah Dharma berjaya melepaskan diri dari gangguan yang sering menghantui dirinya? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di pawagam pada 31 Januari 2014.
 Pendapat peribadi DN, filem ini sangat menghiburkan dan tidak seperti cerita seram lain. Mereka yang takut untuk menonton filem seram, boleh menonton filem ini kerana belum sempat hendak merasai keseraman tersebut, pasti sudah ketawa melihat telatah dan reaksi pelakon-pelakon berbakat ini. Kehadiran artis berpengalaman di dalam filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin menjadikan filem ini lebih menyeronokkan. Setiap saat mata ini seperti tidak mahu dilepaskan atau dialihkan daripada melihat aksi-aksi menghiburkan mereka. DN berikan 4.5/5 untuk filem bergenre komedi seram ini.
Saksikan di pawagam bermula 30 Januari 2014 ini.

Menziarahi Masjid Ar-Rafee'ah Tonle Sap, Siem Reap, Cambodia

$
0
0
 
Selepas melihat cara pembuatan kain sutera di The Silk Farm, DN dan rakan blogger lain meneruskan perjalanan menuju ke Tonle Sap. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 1 jam dari bandar Siem Reap ini telah membawa kami melalui dan melihat sendiri kehidupan penduduk di sini. Rumah kayu yang kecil dan tinggi ini rata-rata merupakan rumah kebanyakan penduduk di sini.
 Jalanraya di sini masih di dalam pembinaan tetapi keadaannya lebih baik dari jalan tanah merah Phnom Penh-Siem Reap yang dilalui oleh kami sebelum ini. Kami sempat singgah menziarahi dan menyampaikan infaq di Masjid Ar-Rafee'ah sebelum meneruskan perjalanan menuju ke tasik.
 Inilah Masjid Ar-Rafee'ah yang turut bersambung dengan Madrasah Ar-Rafee'ah. Kewujudan masjid ini cukup untuk menampung penduduk Islam minoriti di sini. Adanya madrasah ini membolehkan ilmu agama dapat disampaikan kepada anak-anak disini supaya Islam tetap menjadi pegangan mereka dan terus berkembang di kalangan mereka.
Beginilah suasana di dalam Madrasah ini. Mereka belajar agama tidak mengira usia. Kanak-kanak dan dewasa kesemuanya berada di dalam madrasah ini untuk menuntut ilmu. Apa yang penting adalah ilmu yang diterima dan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
 Selesai menyampaikan infaq kepada pelajar-pelajar dan orang kampung beragama Islam di sini, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Melihat wajah kanak-kanak di sini, mengingatkan DN tentang zaman kanak-kanak DN. Alangkah beruntungnya hidup di bumi bertuah Malaysia. Semoga mereka terus tabah menghadapi kehidupan yang masih belum pasti kelak.
Rombongan kami bukanlah yang pertama menziarahi mereka di sini. Masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu sesama Islam. Semoga usaha dan apa yang dilakukan untuk membantu umat Islam disini diberkati Allah. Selepas hampir 30 minit beramah mesra dengan mereka, kami meneruskan perjalanan untuk menaiki bot di Tonle Sap. Pengalaman DN di tasik yang besar akan DN ceritakan selepas ini.

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

5 Pengomen Tegar Januari 2014

$
0
0
Assalamualaikum sahabat semua...

Pasti hari ini sedang berehat di rumah atau menghabiskan masa bersama keluarga tercinta bersempena cuti Hari Raya Cina ini. DN juga tidak terkecuali menghabiskan masa yang ada di rumah keluarga. Walaupun begitu, DN tidak akan melupakan tanggungjawab DN untuk menyenaraikan 5 orang pengomen tegar blog ini bagi bulan Januari 2014.

Untuk tahun ini, DN akan menyenaraikan 10 orang pengomen tegar supaya kalian dapat melihat siapakah sahabat-sahabat kalian yang turut meninggalkan jejak di sini. Semoga persaingan sihat dapat diwujudkan bagi mendapatkan 5 orang pengomen tegar yang akan menerima jemputan makan malam bersama pemilik blog ini di penghujung bulan Jun nanti. Mereka yang mengungguli takhta 5 pengomen tegar Januari 2014 adalah seperti berikut :-

Tahniah kepada mereka berlima. Buat semua pembaca blog DN, terima kasih kerana sudi menyokong dan meninggalkan jejak di sini. Semoga ukhuwah yang terjalin di alam maya ini berkekalan hendaknya. Pasti ada cenderahati untuk kalian yang akan DN berikan di penghujung bulan Jun ini. Harap sabar menanti.

Terima kasih dan tahniah kepada semua...

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Kehidupan Di Atas Air Tonle Sap, Cambodia

$
0
0


 Selesai menziarahi Kemboja Islam di Masjid Ar-Rafee'ah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tonle Sap. Tonle Sap adalah tasik air tawar yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia terletak sekitar 19km di selatan bandar Siem Reap. Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama bagi penduduk Kemboja selain daripada Sungai Mekong.
DN dan rakan blogger lain tiba di Tonle Sap sekitar jam 5.45 petang waktu tempatan. Disebabkan tiket sudah dibeli lebih awal di travel agent semasa di bandar Siem Reap, kami hanya perlu menunjukkan tiket ini sebelum menaiki bot. Tiket yang dibeli di travel agent lebih murah, iaitu hanya berharga USD 6. Jika dibeli di kaunter, ia boleh mencecah harga USD10-15.

Inilah bot yang dinaiki oleh kami. Sebelum menaiki bot ini, kami dinasihatkan hanya melihat sahaja dan jangan membeli atau memberikan apa-apa kepada mereka yang berada di sini. Hmmm... Pastinya akan terjadi sesuatu jika kami berbuat begitu. Kami dimaklumkan bahawa jika seorang kita beri, mereka akan memanggil kawan-kawan yang lain juga. Nasihat tersebut pasti dituruti oleh kami.

 
Bot ini membawa kami menyusuri tasik Tonle Sap yang luas. Jika pada musim hujan, keluasan tasik ini akan melimpah sekitar 12,000 km persegi dengan ketinggian air 12m. Tetapi jika di dalam musim kemarau, tasik ini hanya berkeluasan sekitar 250 km persegi dengan paras ketinggian air 1.5m sahaja. Tanda aras air diletakkan di beberapa tempat sebagai panduan kepada mereka untuk mengetahui keadaan paras air ketika itu.


Lihat sahaja kehidupan mereka di atas air. Mereka hidup, bersekolah dan mencari punca rezeki di atas air ini. Dianggarkan terdapat seramai 1,115 keluarga hidup di tasik Tonle Sap. Satu jumlah yang agak besar bagi DN dan DN tidak dapat membayangkan bagaimana mereka hidup di atas air tetapi mereka pastinya sudah biasa dengan kehidupan sebegini. Pepatah melayu ada mengatakan, alah bisa tegal biasa. Mereka hidup turun temurun di sini maka mereka sudah serasi dengan hidup sebegini.



Perjalanan diteruskan menyusuri tasik ini. Jika dilihat dari dalam bot seperti berada di lautan yang tiada berpenghujung. Tetapi hakikatnya, ia adalah tasik yang sangat luas. DN sempat melihat matahari yang semakin terbenam mengiakan akan hadirnya malam. Subhanallah... Indahnya ciptaan-Mu ini...




Akhirnya, perjalanan kami berhenti di satu tempat persinggahan. Kami naik ke tingkat atas untuk meninjau pemandangan tasik Tonle Sap dari atas. Kelihatan rumah-rumah terapung di mana-mana. Rumah-rumah ini boleh dialihkan mengikut kehendak mereka. Oleh itu, ia tidak berada di satu tempat sahaja. Di tempat persinggahan ini juga terdapat sangkar buaya. Hmmm... Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Ini pasti buaya yang berjaya ditangkap di Tonle Sap. Di luar sangkar ini semestinya terdapat banyak lagi buaya. Gulp! Sepanjang perjalanan DN berdoa semoga perjalanan ini akan berakhir dan kami kembali ke darat dengan selamat.

DN berharap agar segera kembali ke darat, tetapi kanak-kanak ini terus berdayung sampan tanpa rasa takut dan bimbang. Inilah bezanya hidup DN dan mereka. DN sangat-sangat bersyukur dengan hidup DN yang tidak perlu kais pagi makan pagi seperti mereka. Semasa di sana DN terfikir apa yang ada di dalam fikiran mereka. Pastinya mereka tidak perlu memikirkan apa yang DN fikirkan. Tentang kerja, kehidupan mendatang, keselesaan hidup dan macam-macam lagi.

Melihat mereka menghampiri bot kami dan meminta apa yang kami ada, hati kecil DN tersentuh. Hidup meminta-minta tetapi apabila teringatkan nasihat yang telah diberikan sebelum menaiki bot, DN keraskan juga hati ini. Risau juga jika dikerumuni oleh mereka nanti.

Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba ke jeti semula. Perjalanan kurang 2 jam yang sangat menginsafkan. Perjalanan yang membuatkan DN bersyukur mempunyai rumah yang selesa untuk berlindung dari hujan panas, kereta untuk bergerak ke mana-mana, makan minum yang mewah kerana boleh makan lebih 3 kali sehari dan kewangan yang mencukupi untuk diri sendiri serta keluarga. Sangat jauh berbeza kehidupan kami. Apa lagi yang DN inginkan? Syukur alhamdulillah... Semoga mereka terus diberikan kesihatan, rezeki dan keselamatan selama mereka hidup di atas air tasik Tonle Sap ini.

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Benarkah Zukermi Jutawan Muda Bermula Dengan RM1

$
0
0
Ketiadaan modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa sentiasa menjadi pegangan hidup.
Itulah yang cuba dibuktikan oleh usahawan muda, Muhammad Zukermi Edi apabila beliau berjaya membina empayar perniagaan atas talian dengan hanya bermodalkan RM. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sb7328iX
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang anak muda berjaya menjadi jutawan bermula dengan RM1. Benarkah kenyataan di dalam akhbar tersebut? Adakah dengan RM1 boleh kaya dengan mudah? Pada pendapat DN, tiada kekayaan yang akan dikecapi dengan mudah tanpa usaha. Pastinya anak muda ini telah berbuat sesuatu untuk mengubah hidupnya.
  Muhammad Zukermi Edi merupakan pengasas MZ Secret Sdn Bhd. Ia telah ditubuhkan 10hb Oktober 2012 dan menjalankan perniagaan sebagai pengeluar produk kecantikan dan kesihatan yang dilabelkan atas jenama sendiri. Anak kelahiran negeri Pahang yang kini menetap di Negeri Sembilan ini hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk membawa MZSECRET ke tahap yang boleh dibanggakan. Beliau kini berusia 22 tahun dan baru sahaja berumahtangga. 
MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray merupakan produk keluaran beliau setakat ini. Zukermi jutawan muda ada berkongsi rahsia untuk kaya di laman sosial beliau. Walaupun begitu, beliau tetap tidak terlepas dari tohmahan dan pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak percaya atau mungkin meragui kejayaan beliau. Kenapa perlu bersikap negatif dan mengenepikan segala usaha yang telah beliau lakukan? Seharusnya kita berbangga dan menyokong beliau supaya lebih maju dan tidak berputus asa. Semoga beliau terus tabah dan tidak mudah berputus asa dengan rancah perniagaan yang tetap ada pasang surutnya.

Tersentuh hati DN apabila membaca kisah perubahan hidupnya. Memang benar Zukermi bermula dengan RM1. Tetapi kisah RM1 beliau bukannya modal untuk memulakan perniagaan atau modal untuk membeli produk. RM1 digunakan Zukermi untuk melayari internet di cyber cafe. Itu sahaja baki duit yang beliau ada dan tidak disangka, RM1 yang digunakan membawa beliau untuk mula berniaga secara dropship di akaun Facebook. Langkah permulaan yang diambil telah mengubah keseluruhan hidupnya sehingga menjadi apa yang beliau miliki kini.
 
Tahniah diucapkan kepada jutawan muda Zukermi. Kisah kejayaan usahawan muda ini harus dicontohi supaya dapat memberikan aura positif dan sumber inspirasi kepada anak-anak muda yang ingin berjaya sepertinya kelak. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Setiap langkah pasti penuh berliku dan onak berduri. Hanya mereka yang cekal dan tabah dapat mengharunginya untuk menggapai kejayaan demi kejayaan.

Shopping di Angkor Night Market

$
0
0
  Aktiviti malam di Siem Reap, pastinya membeli belah di Angkor Night Market menjadi pilihan. Lokasi hotel penginapan DN yang tidak jauh dari sini membolehkan DN hanya berjalan kaki sahaja untuk menikmati suasana malam di Siem Reap sambil bershopping. Walaupun begitu, Angkor Night Market ini tutup pada jam 11 malam. Oleh itu, DN perlu turun lebih awal untuk membeli belah di sini.
 
 Terdapat pelbagai pilihan barangan di Angkor Night Market ini. Antaranya adalah kain sutera, baju, seluar, bag, cenderahati, ukiran batu, ukiran kayu dan lukisan. Barang-barang di sini boleh tawar-menawar sehingga mendapat harga yang diinginkan. DN hanya membelanjakan USD 10 semasa bershopping di sini. DN dapat membeli seluar, scarf dan fridge magnet untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sangat berbaloi membeli belah di sini.
 Selain daripada pelbagai pub dan kedai makan, di Angkor Night Market juga terdapat tempat untuk urut kaki dan badan dengan harga yang sangat murah. Dari serendah USD 1, pengunjung yang datang ke sini boleh mendapatkan perkhidmatan urut kaki. Menarik tawaran yang diberikan tetapi DN tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana kelihatan tiada tempat yang lebih privacy. Segalanya terbuka dan mereka yang lalu lalang boleh melihat kita.
 Makanan yang pelik-pelik juga senang didapati di sini. Katak, ulat, ular, cengkerik dan pelbagai makanan yang tidak terfikir oleh DN boleh dijadikan makanan dijual di sini. Kembang juga tekak ini apabila melihatnya tetapi mereka di sini makan kesemua makanan di atas. Gulp!
Selain dari membeli belah, DN juga memilih untuk bersiar-siar dengan menaiki tuk-tuk. Jika kalian ke Siem Reap, jangan lupa mendapatkan khidmat dari pemuda muslim bernama Tawi ini. Sekurang-kurangnya, secara tidak langsung kita membantu orang Muslim di Cambodia ini. Boleh email DN jika ingin mendapatkan no. telefon Tawi. DN dengan senang hati akan memberikannya kepada mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau.
Rakan blogger lain juga turut membeli belah di Angkor Night Market ini. Apa yang dibeli oleh mereka ye? Heee....

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Seharian Tanpa Organizer

$
0
0
Sibuk... Busy... Itu yang sering bermain di fikiran mereka yang bekerja. Begitu juga DN. Tetapi, bagi DN itu semua alasan sahaja. Setiap orang diberikan masa 24 jam dan segalanya bergantung kepada bagaimana untuk kita menguruskan masa dengan baik. Jika tidak mampu untuk mengingati segalanya dengan baik, gunakan organizer sama ada buku ataupun telefon sebagai 'reminder' untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Bagi DN, hidup ini perlu ada perancangan supaya tidak rasa sia-sia atau bosan dengan hidup. Apa yang berlaku apabila perancangan tidak menjadi adalah diluar kehendak kita dan ketentuan Allah tentunya.

Ceh, mukaddimah bukan main panjang membebel kan. DN cuma hendak cerita yang DN dan organizer memang tidak boleh dipisahkan. Tetapi hari ini, entah macam mana DN telah terlupa untuk membawa organizer DN. Waaa!! Memang stress juga DN dibuatnya. Huhu...

Bila ingat semula pagi tadi, apa yang DN buat ye. Hmmm.. hantar adik ke sekolah, masuk ofis untuk uruskan pelan dan dokumen yang perlu dibawa bagi di hantar ke TNB Penang petang tadi, booking hotel, booking kereta sewa, balik rumah hantar kereta, kemas pelan, dokumen & baju dalam satu bag, terus ke airport untuk ambil flight pukul 1.55pm. Ok, memang kelam kabut juga dibuatnya.

Dah sampai TNB Penang baru perasan organizer tidak bersama DN. Tapi kerja tetap kena buat. Memang  sangat kekok apabila tidak menulis apa2 di dalam organizer semasa perbincangan bersama pihak TNB. Guna phone sahaja untuk mencatatkan apa yang patut. Terasa seperti sedang bermesej sahaja di depan mereka. Stress sungguh tahu. Huh...

Esok mesyuarat dengan klien lagi stress sebab mesti banyak yang akan dibincangkan. Nampaknya guna phone lagi lah untuk mencatat apa yang patut. Harap klien memahami keadaan DN yang pelupa seketika untuk membawa organizer. Dan harap DN tidak tertinggal segala maklumat yang diperlukan untuk tindakan DN nanti.
Gambar di atas adalah organizer DN sejak hari pertama DN kerja sehingga kini. DN nak organizer merah atas sekali tu. Waaaaa!!!! Inilah yang terjadi apabila sudah hidup dengan organizer sejak berumur 9 tahun. Baru sehari tiada, rasa macam hilang boyfriend tu. Rindu.. Heee.. Gedik DN! 

Semoga urusan DN dipermudahkan walaupun tanpa boyfriend disisi.. :)

Makanan Halal di Muslim Family Restaurant Siem Reap

$
0
0
 Selama 2 hari DN di Siem Reap, di sinilah dapur DN. Pagi, petang dan malam DN serta rakan blogger lain akan menjamu selera di sini.

Muslim Family Restaurant
No 074, Stoung Thmey Village, Siem Reap, Cambodia.
Tel : (+855)12 946 220 / (+855)97 777 908
Fax : (+855)63 761 024
Email : musasoleh@yahoo.com

Masakan champa menjadi pilihan utama di sini. Lokasi restoran ini terletak berhampiran dengan Masjid An-Nikmah. Disebabkan kami berada di Siem Reap pada hari Jumaat, rakan blogger lelaki kesemuanya berkesempatan untuk solat Jumaat di masjid ini. Alhamdulillah.. Dalam pada kami bergembira melihat negara orang, tuntutan agama tetap tidak dilupakan. Antara makanan yang dijamu oleh DN adalah seperti berikut :-
 
 
Sejujurnya, masakan di sini sedap-sedap belaka. Tom yam menjadi kegemaran DN sepanjang berada di sini. Sehingga kini DN masih teringatkan rasa tom yam masakan mereka yang sedap. Bila lagi DN berpeluang ke sini. Hmmm...
Muka masing-masing yang kepenatan tetapi tetap kelaparan menunggu makanan. Heee... Pengalaman yang sangat seronok dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. InsyaAllah DN akan datang ke sini lagi.. :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Selamat Tinggal Siem Reap, Jumpa Lagi Phnom Penh

$
0
0
Huarghhhhh!!!

Seawal 5.30 pagi waktu tempatan, DN dan rakan blogger lain check out dari Ta Prohm Hotel untuk kembali ke Phnom Penh. Kalau pukul 5.30 pagi sudah check out, maknanya pukul 4.30 pagi DN sudah bangun. Lama tidak buat aktiviti bangun awal macam tu tau. Heee...

Kenapa hendak check out awal sangat? Sebab perancangan untuk hari ini adalah hendak kembali ke Phnom Penh dan meneruskan perjalanan ke Ho Chi Minh City. Tetapi disebabkan banyak tempat yang perlu disinggahi sebelum sampai di Phnom Penh maka, kami bersepakat keluar awal pagi.
Lihat sahaja muka-muka kami yang baru bangun tidur. Cantik bukan? Hahaha... Walaupun perlu bangun awal, kami semua mandi ye. Hmmm... Iye ke? DN mandi, yang lain-lain tanya mereka sendiri sebab DN tidak nampak mereka mandi atau tidak. Oppsss! Hihihi... :p
 Kami menyusuri jalan Siem Reap-Phnom Penh dengan tidak bersarapan pagi. Awal pagi gerak, Muslim Family Restaurant pun belum buka lagi. Dapatlah DN tengok sunrise apabila gerak awal pagi sebegini. Ketika ini, jam menunjukkan pukul 6.33am. Subhanallah... Cantik sungguh melihat pemandangan dan suasana menghijau apabila matahari sudah menerangi alam semesta. Segar rasanya mata ini melihatnya.

Dalam perjalanan, perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku dan kami berhenti di satu tempat yang katanya kalau di Malaysia adalah Rehat&Rawat (R&R). Tetapi di sini tidak seperti di Malaysia dan dari luar, tandasnya sangat usang. Tidak disangka masuk ke dalam tandas, keadaan di dalam bersih. Memang DN sangat-sangat tidak sangka. Terpegun sampai lupa nak ambil gambar tandas itu tau. Hihihi... Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan kembali. Perancangan pagi ini adalah hendak meninjau Tanah Waqaf sebelum kembali ke Phnom Penh. Jika masih ada masa, hendak juga kami singgah di Kampung Cham. Apa itu Tanah Waqaf? DN akan kongsikan nanti ye... :)
Dijangkakan sampai di Tanah Waqaf sekitar jam 1.00 petang maka, kami memilih untuk berhenti makan dahulu. 7 jam perjalanan, takkan hendak berlapar kan... Kami berhenti makan di World Food Restaurant sekitar jam 11.00 pagi. Restoran ini terletak di antara laluan ke Siem Reap dan Kampung Cham. Perlu melencong sedikit untuk ke restoran ini dari laluan ke Phnom Penh tetapi disebabkan sukar untuk menemui restoran halal lagi selepas ini, kami bersetuju untuk makan di sini.
 Beginilah keadaan dan suasana di World Food Restaurant ini. Kesemua meja untuk 4 orang dan setiap meja disediakan tong sampah. Walaupun ada tong sampah, tetap ada sampah di lantai kan. Hihihi... No manners betul orang yang buang sampah itu. Siapalah agaknya kan... :D
Kami semua memilih untuk makan nasi goreng ayam. Walaupun nampak biasa sahaja, disebabkan lapar habis DN makan nasi ini tau. Sambal yang dicampur dengan bawang putih itu juga sedap. Memang sedap apabila dimakan dengan nasi goreng ini.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Tanah Waqaf yang terletak di Tan Bien. Pengalaman di Tanah Waqaf akan DN kongsikan di dalam cerita berkaitan Cambodian Muslim Cooperative (CMC). Selamat tinggal Siem Reap. InsyaAllah jika ada rezeki DN ke sana lagi. Kisah-kisah DN di Siem Reap boleh dibaca seperti berikut :-


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) Sedap 101%

$
0
0
 Ingin mencari sesuatu yang mengenyangkan tetapi tidak terlalu berat seperti makan nasi? Kebab dari Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) boleh menjadi pilihan. Pertama kali DN datang ke sini dan DN tidak menyangka rasa kebab disini memang sedap.

Sedikit latar belakang Kebab Turki Baba Rafi (KTBR), ia adalah rangkaian perniagaan makanan segera yang terkenal di Indonesia. Hendy Setiono, seorang anak muda yang sudah berkahwin semasa masih belajar di universiti pada usia 19 tahun merupakan pengasas kepada perniagaan ini. Bermula dari 2 outlet pada tahun 2003 di universiti, beliau bernekad untuk berhenti belajar dan mengembangkan perniagaan Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) ini.
Nama Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) diberikan pada tahun 2004. Sejak dari itu, perniagaan Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) berkembang sehingga terdapat lebih 1200 outlet di Indonesia. Pada tahun 2012, Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) telah memasuki pasaran Malaysia dan membuka outlet pertama mereka di Summit USJ. Kini, Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) sudah mempunyai 21 outlet di Malaysia. Mereka mensasarkan tahun 2014 untuk mempunyai 50 outlet di Malaysia. Mereka sedang dalam usaha melebarkan perniagaan ke China, Sri Lanka, Belanda, Brunei, Singapore selain dari Filipina yang sudah beroperasi tahun lalu. Outlet-outlet Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) di Malaysia adalah seperti berikut :-


Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) didatangkan dengan 2 saiz seperti di atas. Regular kebab dan mini kebab. Pembungkusan ini telah dipatenkan. Ini kerana, bungkusan ini sangat menarik dan direkabentuk bagi memudahkan pembeli menikmati kebab dengan mudah.

1. Nampak 'Open Here' di atas pembungkus kebab itu.
2. Buka pembungkus kebab tersebut dan kebab sudah kelihatan.
3. Di hadapan bungkusan terdapat penanda merah tertera perkataan 'Pull Up'.
4. Tarik penanda merah tersebut dan kebab akan dinaikkan ke atas.
5. Buka sarung putih yang menyarung kebab itu.
6. Kebab sedia untuk dimakan. Nyum3!!! :)

Kebab yang DN makan di atas adalah Kebab Daging (RM6.50). Pita yang lembut dan agak rangup dengan isi daging, sos dan sayur-sayuran menjadikan kebab di sini sangat sedap dan menyelerakan.
Selain itu, terdapat pilihan hotdog dan burger di sini selain dari kebab. Gambar di atas dikenali sebagai Shawarma yang berharga RM6.50 sahaja. Nak tahu rasanya, boleh bertanyakan Bro Framestone ye... ^_^

 Cara pembuatan Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) bermula dengan daging/ayam dihiris nipis dari tempat ini. Kemudian, hirisan daging / ayam tersebut akan diletakkan di atas roti pita yang sudah diletakkan dengan sayur-sayuran dan sos.
Sos mayonis pula diletakkan di atas hirisan daging / ayam itu. Seterusnya, roti pita akan digulung dengan kemas supaya isi didalamnya tidak terkeluar dari gulungan roti pita tersebut untuk menjadi kebab.
Kebab akan diletakkan di atas pemanas ini untuk dipanaskan seketika.
Kemudian, kebab tersebut sedia untuk diletakkan di dalam pembungkusnya. Maka, terhasillah Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) yang 101% sedap. Tidak percaya? Rasa dahulu pasti percaya nanti. Hehehe...
Inilah harga Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) yang kini berada di pasaran setakat ini. Harganya masih berpatutan dan buat penggemar kebab, jangan lupa merasai keenakan Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) ini. Sudah cuba sekali, pasti hendak lagi dan lagi. DN sudah rasa dan DN hendak pergi mencuba kebab yang lain pula selepas ini.

Maklumat lanjut Kebab Turki Baba Rafi (KTBR) ini boleh dilayari seperti di bawah :-
Website (Malaysia) : babarafi.com.my
Website (International) : http://babarafi.com
Facebook : https://www.facebook.com/babarafimalaysia
Instagram : http://instagram.com/babarafimalaysia


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Tanah Waqaf dan Kolam Ikan Di Bawah Usahasama Cambodian Muslim Cooperative (CMC)

$
0
0


 Selepas 8 jam meninggalkan Ta Prohm Hotel, tibalah DN ke destinasi yang ingin ditujui oleh kami iaitu Tanah Waqaf. Ia terletak di daerah Tan Bien, Cambodia. Tanah Waqaf ini telah diusahakan oleh Cambodian Muslim Cooperative (CMC). Apa itu Cambodian Muslim Cooperative (CMC)? DN pernah kongsikan mengenai mereka di sini.
 Tanah Waqaf ini adalah kerja-kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh NGO di Malaysia. Lihat sahaja nama-nama di atas. Pasti kalian tidak asing lagi dengan nama mereka. Oleh itu, jika kita menderma bagi tujuan kebajikan melalui mereka, kita sudah ketahui ke mana ia disalurkan.
 
 Tahniah DN ingin ucapkan kepada rakan blogger yang turut menyumbang bagi mendapatkan dana Tanah Waqaf ini. Adakah SBB 2014 akan diadakan kutipan derma kepada rakyat Islam Kemboja seperti sebelum ini? Sama-sama kita nantikan dan jika ada, jangan lokek untuk mengeluarkan sumbangan ikhlas kepada mereka.
Tanah Waqaf berkeluasan 14 hektar ini telah ditanam dengan pokok getah. Pokok-pokok getah ini telah ditanam lebih setahun setengah. Selain itu, seluas 2 hektar tanah di sini telah ditanam dengan pokok mangga sekitar 5 bulan yang lalu.
Kak Kujie menunjukkan contoh bagaimana mereka di sini mendapatkan bekalan air bagi menyiram pokok-pokok di kawasan ini. Mereka kata air di sini boleh diminum tetapi DN tidak berani untuk mencubanya. Huhu...
Selain daripada Tanah Waqaf, Cambodian Muslim Cooperative (CMC) turut mengusahakan kolam ikan yang terletak tidak jauh dari Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS). Kami melawat kolam ikan ini sebelum ke Siem Reap dan terdapat lebih 6 kolam ikan di sini.
Setiap kolam ikan dipenuhi lebih kurang 20,000 ikan toman. Banyak bukan... Baru kami mengetahui bahawa makan malam kami di Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS) sebelum ini adalah dari kolam ikan ini.
Mereka mengambil kesempatan memancing di kolam ikan ini. Tidak sampai 5 minit, ikan sudah menyambar umpan katak yang diletakkan. Katak? Ok, lepas makan baru tahu. Patut sedap. Hee... DN hanya memerhati mereka memancing dari jauh. Besar-besar ikan di dalam kolam ikan ini. Video mereka memancing ikan boleh dilihat di bawah...


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

WW ~ Jangan Sampai Terlupa

Menziarahi Sekolah Dubai Stoeng Kampung Cham Kemboja

$
0
0
  Bergerak meninggalkan Tanah Waqaf, kami berhenti solat di Masjid Dubai Stoeng, Kampung Cham, Kemboja. Selesai solat, kami menziarahi Sekolah Dubai Stoeng Kampung Cham yang terletak tidak jauh dari masjid. Ia perlu masuk ke dalam melalui rumah-rumah kayu penduduk Kampung Cham ini sebelum sampai ke sekolah tersebut.
 Setelah hampir 10 minit melalui rumah-rumah dan sungai, akhirnya kami tiba di Sekolah Dubai Stoeng. Sekolah satu tingkat ini hanya mempunyai 2 buah kelas sahaja. Di hadapan sekolah ini terdapat padang yang luas untuk mereka bermain.
 Beginilah keadaan pelajar-pelajar di dalam kelas ini. Mereka tidak mempunyai pakaian seragam dan bercampur lelaki serta perempuan tanpa mengira usia. Comel-comel kanak-kanak di sini kan. Rakan blogger DN mengagihkan sumbangan rakan-rakan dari Malaysia kepada mereka dan kelihatan mereka sangat gembira menerima kehadiran kami semua.
 Sebelum meninggalkan kanak-kanak ini, kami bergambar kenangan bersama rombongan Jejak Rehlah dan Dakwah Mujahadah. Sekitar 80 orang kanak-kanak berada di sekolah ini. Walaupun tidak ramai, semangat mereka untuk belajar harus dipuji. Semoga kehidupan mereka akan berubah kelak dan menjadi anak yang soleh solehah.
 Selepas 30 minit berada di sini, kami meninggalkan Sekolah Dubai Stoeng dan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Dijangkakan tiba di Phnom Penh sekitar jam 7.30 malam. Maka, kami tidak dapat menaiki bas untuk menuju ke Ho Chi Minh City pada hari yang sama. Kami bermalam di Holiday Villa Hotel Phnom Penh untuk satu malam lagi. 

5.30 pagi - 7.30 malam... Pengalaman selama 14 jam perjalanan yang memenatkan tetapi sangat mengujakan. Tidak semua orang berpeluang merasai pengalaman sebegini dan DN sangat-sangat menghargainya. Tiba di Holiday Villa Hotel Phnom Penh, kami check-in dan keluar makan malam bersama seseorang yang sangat istimewa. Beliau teruja untuk makan bersama blogger dan kami sangat terharu mendengarnya. Siapakah beliau yang DN maksudkan? Tunggu entry DN selanjutnya. Adakah ia merupakan entry terakhir DN di Cambodia? Hmm... Baca je lah kalau ada lagi ye. Hehehe... :p

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

5 Pengomen Tegar Februari 2014

$
0
0
Assalamualaikum semua... Sekejap sahaja sudah masuk bulan Mac kan. Bulan Mac merupakan bulan yang sangat sibuk buat DN. Schedule DN sudah penuh sehingga hujung bulan Mac jadi, DN minta maaf jika entry DN kurang seperti bulan ini atau lebih teruk lagi. Huhu.... Walaubagaimanapun DN cuba yang terbaik semampu DN.
Saat DN membuat entry ini, DN baru pulang dari lawatan bersama blogger ke kilang Spritzer, Taiping, Perak. Itu tidak mematahkan semangat DN untuk terus menyenaraikan siapakah 5 orang pengomen tegar bagi bulan Februari 2014. Terkejut juga DN di saat-saat akhir, rakan-rakan alam maya DN bertungkus lumus untuk memastikan mereka berada di takhta 5 teratas. DN sangat terharu dengan sokongan yang kalian berikan kepada DN. Mereka yang mengungguli takhta 5 adalah seperti berikut :-


Terima kasih kalian. Buat mereka yang tidak di top 5, jangan risau... DN tetap menghargai kalian semua. Tidak lupa buat pembaca setia DN. Terima kasih diucapkan. Jangan serik untuk menjenguk di sini lagi ye... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom


Merungkai Punca Air Spritzer - Tiada Apa Yang Disembunyikan

$
0
0

Sabtu lepas, DN dan rakan blogger lain telah membuat lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Taiping, Perak. Kami berkumpul seawal 7.30 pagi dan bergerak ke sana sejam kemudian. Seramai 22 orang blogger terlibat dengan lawatan ini dan kami menaiki bas menuju ke sana.

Dalam perjalanan, ketua rombongan kami merangkap tuan organizer, Bro Framestone memberi sedikit taklimat dan kami diberikan tugasan untuk menyiapkan serta menghantarnya sebelum lawatan berakhir. Seterusnya, wakil Spritzer memberikan kata-kata aluan kepada kami. Bagus juga tugasan sebegini. Secara tidak langsung kami mendapat gambaran dan maklumat awal berkaitan Spritzer sebelum tiba di sana.

Kredit Hafiz Rahim
Sekitar jam 1.30 petang, selepas singgah makan tengah hari di Taiping, kami tiba di lokasi. Bersih dan kemas kilang ini. DN pernah terbaca perkongsian dari orang lain bahawa kilang ini terletak berhampiran dengan jirat Cina. DN tidak nampak sebarang kubur di sekitar kilang ini kecuali dalam perjalanan tadi, lebih dari 5km jauhnya terdapat jirat (kubur) Cina yang besar. Memang kami ada melalui jirat ini untuk ke kilang tetapi ia tidak terletak di tanah kilang Spritzer. Kilang Spritzer ini mempunyai keluasan tanah sebesar 330 ekar iaitu bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak. Besar kan!

Turun sahaja dari bas, kami dijemput oleh pihak Spritzer dan taklimat berkaitan Spritzer dimulakan. Sebelum itu, pelbagai jenis air Spritzer kami ambil untuk minum sambil mendengar taklimat yang diberikan. Produk keluaran Spritzer yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut :-










Sedikit fakta berkaitan Spritzer yang DN dapat dari taklimat tersebut adalah :-
  1. Kilang ini sudah beroperasi selama 25 tahun
  2. Tersenarai di dalam Bursa Malaysia KLSE 1 September 2000
  3. Spritzer Berhad - 5 anak syarikat (Chuan Sin Sdn Bhd, Chuan Sin Cactus Sdn Bhd, Pet Master Sdn Bhd, Golden Pet Industries Sdn Bhd dan Angenet Sdn Bhd)
  4. Penutup botol putih - Air Suling (Tiada mineral)
  5. Penutup botol biru, hijau @ merah - Air Bawah Tanah (Air Mineral)
  6. 5 lapisan bawah tanah - sandclay, laterite, siltstone, shale, quartz

Taklimat berhenti seketika untuk kami meninjau tapak lokasi punca air Spritzer ini. Lokasi yang terletak lebih kurang 2km dari kilang Spritzer menyebabkan kami perlu ke lokasi punca air Spritzer dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Sebelum tiba di punca air pertama, kami berhenti seketika untuk melihat dengan mata sendiri loji Lembaga Air Perak (LAP) yang terletak tidak jauh dari kilang Spritzer. Walaubagaimanapun, loji berkeluasan sekitar 200 ekar ini dipagar dan tidak termasuk di dalam tanah kilang Spritzer ini. Keseluruhan tanah Spritzer ini selain daripada kilang adalah hutan hujan tropika.

Punca air Spritzer diambil di beberapa tempat di dalam tanah mereka dan kini mereka sudah mempunyai 9 punca air Spritzer yang diambil pada kedalaman 400 kaki dari bawah tanah. Mereka masih mencari punca air lain di dalam kawasan tanah mereka yang berkeluasan 330 ekar ini. Rumah di atas merupakan rumah pam di mana air yang diambil dari kedalaman 400 kaki akan di pam menggunakan 'booster pump' dan disalurkan dengan menggunakan paip 'stainless steel' ke tempat penyimpanan air. Setiap hari pekerja mereka akan datang ke sini untuk membuat quality control bagi menjamin kualiti air yang disalurkan dari punca air ini.

Spritzer telah mendapat pelbagai anugerah sejak beroperasi di sini. Antara anugerah yang diterima adalah :-
  1. Readers' Digest Trusted Brand Platinum Award - 12 tahun berturut-turut. Satu-satunya jenama air mineral yang dianugerah oleh Readers' Digest.
  2. Frost & Sullivan Asia Pacific Bottled Water Company of The Year - 4 tahun berturut-turut.
  3. Best Brands Signature Award, dianugerahkan oleh The Brandlaureate.
  4. Tercatat di dalam "Malaysia Book of Record" kilang pembuatan air botol terbesar di Malaysia.
Selain itu, Spritzer juga telah disahkan oleh JAKIM, SIRIM, HACCP dan KKM. Bezanya air mineral Spritzer dengan jenama lain adalah kandungan silikon / asid ortosilisik (OSA) yang tinggi di mana ia dapat menyekat penyerapan aluminium dan mencegah dari penyakit alzheimer (kehilangan memori) dengan kekerapan minum 1L Spritzer sehari. Air mineral Spritzer juga dapat menjadikan rambut dan kuku yang lebih sihat, kulit yang lebih cantik dan anti-penuaan serta tulang yang lebih kukuh.
Kami telah dibawa melawat tempat pemprosesan air di kilang Spritzer ini. Setiap seorang dari kami diberi tutup kepala bagi menjaga kebersihan dan mengelakkan rambut gugur lalu masuk ke dalam air. Untuk yang bertudung seperti DN, tidak perlu memakai tutup kepala tersebut. Apabila masuk sahaja ke tempat pemprosesan, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Walaubagaimanapun, apa yang DN lihat di dalamnya adalah mereka memiliki mesin yang beroperasi secara automatik sepenuhnya. Langsung tidak dikendalikan oleh tangan manusia bagi menjamin kebersihan dan kualiti air yang dihasilkan Spritzer.

Oleh itu, apa yang DN dapat simpulkan di sini dari pemerhatian DN adalah air mineral Spritzer adalah minuman yang bersih dan terjamin kualitinya untuk diminum. DN sudah melihat sendiri dan tiada apa yang disembunyikan oleh mereka. Jika kalian ingin melihat sendiri kilang Spritzer ini, hubungi Bahagian Perhubungan Awam Spritzer untuk temujanji. Mereka sedia menerima tetamu kerana tiada apa yang disembunyikan selama ini. Mereka boleh dihubungi seperti berikut :-

Company : Chuan Sin Sdn. Bhd.
Address : Lot 898, Jalan Reservoir,
Off Jalan Air Kuning,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 801 2663
Customer Service Hotline : 1800 88 3111
Working Hour : MON – FRI (9.00 am – 6.00 pm)
SAT (9.00 am – 1.00 pm)
SUN & Public Holiday (OFF)
Fax : +605 801 2118
Email : info@spritzer.com.my
Website : www.spritzer.com.my

Info terbaru yang ingin dikongsikan bersama oleh Spritzer adalah taman rekreasi dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Jun 2014 ini. Antara yang menarik di taman rekreasi ini adalah terdapat tapak mini golf 18 lubang, kafeteria, kedai cenderamata, auditorium, galeri dan lawatan kilang. Pastinya ia akan menjadi salah satu tempat pelancongan yang menarik di Taiping ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Restoran Makanan Halal di Phnom Penh, Cambodia

$
0
0
Semasa di Phnom Penh, tidak banyak restoran makanan halal yang DN pergi. DN hanya pergi 2 kali sahaja iaitu ketika pertama kali tiba di Phnom Penh dan kali kedua apabila kembali ke Phnom Penh dari Siem Reap sebelum berangkat ke Ho Chi Minh City keesokan paginya. Selebihnya, DN dan rakan-rakan blogger menikmati makan tengah hari / malam di tepi sungai Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS).

Restoran yang kami kunjungi semasa pertama kali menjejakkan kaki di Phnom Penh adalah Cafe Malaya. Ia terletak di alamat berikut :-

Cafe Malaya
No. 65, RUE 118,
Sangkat Phsar Thmei 1, Kaun Daun Penh,
Phnom Penh, Cambodia.

Cafe Malaya menawarkan makanan buffet yang berharga USD5 seorang. Harga buffet ini tidak termasuk air. Oleh itu, pastinya pelanggan perlu membayar lebih dari USD 5 untuk tambahan minuman yang dipilih.

Uniknya di Cafe Malaya ini adalah kerana dinding kedai ini dipenuhi dengan namecard. Biasa kita ke mana-mana kedai pasti ada gambar pemilik kedai dengan artis atau tokoh terkenal tetapi di sini penuh dengan namecard. Siapa sahaja boleh memberikan namecard kepada mereka untuk diletakkan di sini. Cuba tengok atas tu? Agak2 ada tak namecard korang? Hihi....

Sila abaikan gambar makanan DN di atas. Maklum sahaja, baru pertama kali hendak mencuba masakan orang Phnom Penh. Tentunya DN tidak mengambil makanan dengan tamaknya. Bila ambil sedikit, nak tambah lagi segan pula. Huhu... Ternyata makanan di sini sedap dan boleh diterima oleh tekak.

Kedai kedua yang DN kunjungi sekembalinya perjalanan yang panjang dari Siem Reap adalah Restoran Asmak 81. Restoran di sini menawarkan wifi percuma. Pastinya dicari-cari oleh DN yang tidak mempunyai talian tempatan untuk menggunakan telefon dengan kadar yang lebih murah. Restoran ini terletak di alamat berikut :-

Asmak 81 Restaurant
20B, St 154, 
Sangkat Phsa Thmei 3 | Khan Daun Penh, 
Phnom Penh, Cambodia

Di restoran ini mereka menawarkan lebih pelbagai jenis makanan. Selain daripada masakan tempatan, mereka juga menawarkan makanan barat seperti burger, pizza dan chicken chop. Tetapi pastinya masakan sebegini yang dipilih oleh kami. Makan beramai-ramai sambil beramah mesra dengan tetamu istimewa. Ingat lagi DN ada beritahu bahawa makan malam kami di Phnom Penh sangat istimewa?
Istimewa kerana kami dapat makan malam dan beramah mesra bersama Tuan Syed Azmin Syed Nor, Executive Chairman Commerce Dot Com. Siapa yang mengenali atau pernah mendengar nama beliau, pasti mengetahui siapakah beliau. Tidak perlu dinyatakan di sini seperti yang dipinta, yang penting beliau sangat humble dan senang untuk berbicara. Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan, beliau masih sudi bertemu kami. Terima kasih diatas kesudian untuk bertemu, beramah mesra dan meluangkan masa makan malam bersama kami semua.

Selesai sudah aktiviti DN sepanjang berada di Phnom Penh. Keesokan paginya, kami menaiki bas menuju ke Ho Chi Monh City pula. Kisah sepanjang DN di Phnom Penh boleh dibaca seperti di bawah :-


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Sepetang Bersama Blogger (SBB 2014) Lebih Meriah

$
0
0
Kredit iluvtour.com
Alhamdulillah... Selesai sudah Sepetang Bersama Blogger (SBB 2014) yang telah diadakan di Saloma Theatre Restaurant Kuala Lumpur Sabtu lalu. Acara yang bermula dari jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang ini berjaya mengumpulkan lebih 340 blogger dari Malaysia dan juga Indonesia. Satu pencapaian yang harus dibanggakan. Syabas diucapkan kepada Denaihati Network kerana berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini. Diharapkan aktiviti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.
Selesai pendaftaran, DN menuju kemeja yang telah ditetapkan untuk DN. Meja 28 dengan diatas meja penuh dengan air Yeo's selaku penaja utama Sepetang Bersama Blogger (SBB 2014) kali ini. Sejujurnya DN tidak mengenali nama-nama yang berada satu meja dengan DN tetapi itu bukan halangan untuk DN tidak duduk di meja sendiri. Tidak kenal, masa inilah untuk berkenalan. Betul tak?

Mereka inilah yang duduk semeja dengan DN.
Dari kiri : Rawlin, Ogy Sijemariseni, Eida Baharum, Deq Noor, Farhana Hanafi dan Reezluv.
Haa... Meja penuh 10 orang, tapi kenapa ada 6 orang sahaja itu DN tak boleh jawab. Mungkin tak datang, mungkin duduk meja orang lain.. Banyak kemungkinan kan. Apa yang pasti walaupun DN pertama kali berjumpa mereka kecuali Rawlin, DN seronok berbual dengan mereka seperti sudah lama kami kenal.

Acara bermula sekitar jam 11.00 pagi apabila tetamu kehormat telah tiba. Sambil mendengar ucapan, perkongsian daripada blogger Ben Ashaari dan Shafie Bustan serta slot bersama Yeo's, DN sempat ber'selfie'. Heee... Cabutan bertuah juga turut diselitkan sepanjang acara berlangsung dan alhamdulillah, nama DN naik lagi untuk cabutan bertuah tahun ini. Terima kasih kedaicotton.com atas hadiah yang cantik ini. DN suka sangat-sangat.. :)

Jam sudah melewati 1.00 petang. Masing-masing sudah menunjukkan muka kelaparan. Lebih-lebih lagi apabila dapat melihat makanan sudah tersedia di penjuru dewan ini. Walaupun meja kami di tengah-tengah, jangan ingat kami tidak nampak makanan ye. Hihihi... 10 minit berlalu, doa makan telah dibacakan dan kami pun terus mengambil makanan. Katanya ada kambing, DN tak nampak la pula. Haishhh... Tidak mengapa, bila perut kenyang, hati girang, itu sudah cukup memadai bagi DN. Sambil kami makan tengah hari, acara tetap berlangsung dengan slot bersama Ephyra di mana Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkongsi dengan kami semua mengenai produk Ephyra ini.
Di sebelah petang pula, setelah selesai makan, berehat dan solat Zuhur, acara bersambung dengan Forum Bersama Blogger yang dikendalikan oleh Tuan Denaihati (sebelah kiri) sendiri diikuti dengan HazmanFadzil, Redmummy dan Zarul Umbrella. Perkongsian yang sangat menarik dari mereka. Setiap seorang mempunyai kekuatan masing-masing dan mereka adalah contoh terdekat jika ingin berjaya dalam dunia blog. Mereka bertiga hanyalah penulis blog separuh masa tetapi mereka mampu membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan menulis blog. Setiap apa yang dilakukan perlu pengorbanan dan apa yang penting adalah hendak atau tidak. Syabas untuk mereka bertiga atas kejayaan mencipta nama di dalam dunia blog ini.
Terima kasih kepada Yeo's atas tajaan air kotak yang banyak ini. Sepanjang acara berlangsung, kami minum dan minum dan minum lagi sehingga tidak sedar berkotak-kotak sudah meja kami minum. Sedap kan dan yang penting percuma. Hehehe... Acara berakhir sekitar jam 4.30 petang dan kebanyakan dari kami bersurai selepas itu.
 Syabas diucapkan kepada team Denaihati Network atas kejayaan menganjurkan Sepetang Bersama Blogger (SBB 2014) kali ini. Ternyata ia lebih meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari semua blogger. Teruskan usaha kalian dan blogger biasa seperti DN ini akan terus menyokong usaha kalian ini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Konsert Teaterikal Suara Kita - Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

$
0
0
Hujung minggu pasti rasa sunyi jika tidak diisi dengan sebarang aktiviti. Oleh itu, hujung minggu yang lepas DN telah diberi peluang untuk memeriahkan Konsert Teaterikal "Suara Kita" bersama rakan blogger lain. Walaupun ia merupakan hari terakhir, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain tetap memberikan persembahan terbaik buat kami yang menontonnya.
sumber
Awie - sikapnya yang bersahaja dan menghiburkan sepanjang teater ini berlangsung mengusik hati kami. Kami sering bergelak ketawa apabila pelbagai aksi mencuit hati dilakukan beliau sama ada dirancang atau tidak. Suara nyanyian beliau sudah pasti memukau kami yang mendengarnya.

Erra Fazira - sentiasa dengan perwatakan cantik, ayu dan lemah lembut sepanjang teater ini. Setiap apa yang dilakukan sama ada lakonan di atas pentas atau nyanyian menusuk kalbu kami yang melihatnya. Lebih-lebih lagi lagu-lagu serta watak sedih yang dibawanya. 'Pasrah', lagu yang dinyanyikan beliau dapat dirasai betapa pasrahnya beliau dengan kehidupan yang dilaluinya. Semoga beliau terus tabah melalui perjalanan hidup yang penuh berliku ini.

Ziana Zain - Siapa yang tidak kenal dengan suara lantang beliau tidak kira ketika berlakon atau menyanyi. Aksi menggoda yang dibawakan beliau semasa teater ini berlangsung begitu mempesonakan dan karakter yang dibawakan sangat menghiburkan kami yang menontonnya. Suara nyanyian beliau seperti biasa tetap memukau kami yang mendengarnya.


Syabas diucapkan kepada barisan pelakon dan mereka yang membantu sama ada di depan atau di belakang tabir. Kami sangat berpuas hati menyaksikan teater ini. Ia berjaya membawa kami mengimbau zaman kegemilangan 3 pelakon dan penyanyi hebat ini di atas satu pentas.
Antara blogger yang memeriahkan konsert akhir Teaterikal "Suara Kita" ini. Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberi kami peluang untuk menyaksikan teater yang hebat ini. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ESCAPE, boleh layari website berikut : http://www.celcomESCAPE.com

Kami dibenarkan merakam 10 minit pertama Konsert Teaterikal "Suara Kita" - Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain ini. saksikan video di bawah...


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Georgetown Hotel Penang

$
0
0
Selesai projek di Johor Bahru, kini DN ke Pulau Pinang pula. Alhamdulillah, 1 projek sudah di tangan, 1 projek baru dapat semalam dan kini dalam usaha untuk mendapatkan 1 projek lagi di Penang ini. Moga sentiasa ada rezeki untuk warga kerja Samudra.

Bulan lepas DN ada ke Penang untuk mesyuarat serta ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB). Disebabkan lokasi kedua-dua authority ini jauh serta jauh juga dengan tapak projek, maka DN mengambil keputusan untuk sewa kereta. Alhamdulillah, walaupun DN ingin mendapatkan kereta di saat akhir; flight tengah hari, pagi baru call orang sewa kereta dan hendak kereta petang itu juga, mereka tetap melayan karenah DN. Bukan itu sahaja, pagi itu juga survey hotel yang dekat dengan TNB supaya tidak tergesa-gesa untuk berurusan dengan authority ini. Akhirnya, pencarian DN membawa ke hotel ini.
38 Jalan Larut,
10050 Georgetown,Penang.
Telephone no : 04-2296800
Fax no : 04-2296900
E-mail : reservation@georgetownhotelpenang.com
Website : www.georgetownhotelpenang.com
Hotel ini terletak satu jalan dengan Wisma TNB; Georgetown Hotel di Jalan Larut, manakala Wisma TNB di Jalan Anson. Cuma disebabkan untuk masuk ke hotel ini jalan sehala, DN tersesat sekejap. Ingat boleh terus sahaja, rupanya kena pusing melalui Jalan Burma. 2 kali DN pusing baru dapat mark lokasi sebenar hotel ini.

DN ditempatkan di bilik Deluxe Twin ini. Rasanya DN meminta bilik Deluxe Double semasa booking tetapi DN diberikan bilik ini. Malas hendak tukar bilik, DN terima sahaja bilik ini. Pastinya DN tidak dapat tidur apabila berada di bilik 2 katil sebegini. Ini disebabkan imaginasi DN agak tinggi apabila berada di bilik 2 katil, DN terasa seperti ada orang lain tidur di katil sebelah. Sebab itu jika ada sesiapa yang perasan, mana-mana hotel yang DN pergi pasti DN memilih katil queen atau king. Hmm... Tidak mengapalah. 1 malam sahaja pun berada di hotel ini.
 
Bilik Deluxe Twin ini berharga RM90 sahaja (tidak termasuk 6% tax). Memang bilik yang dikategorikan sebagai murah apabila terletak di kawasan ibu kota Penang. Harga ini juga sangat berpatutan dengan fasiliti yang disediakan di bilik ini. Lantai tile sahaja maka kepada mereka yang tidak tahan sejuk, dinasihatkan membawa selipar sendiri kerana tidak disediakan di dalam bilik. Walaubagaimanapun, kemudahan wifi percuma disediakan di Georgetown Hotel ini. Tuala seperti dilihat pada gambar di atas, diletakkan di sisi tepi katil begitu sahaja. Arah kiblat ada ditunjukkan di dalam bilik ini.

Walaupun bilik ini kecil sahaja dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan, bilik ini juga tersedia LCD TV berhadapan dengan katil dengan banyak tawaran chanel Astro. LCD TV ini tergantung di dinding dan dibawahnya terdapat meja untuk meletakkan barang. Bersebelahan dengan meja dan TV ini terdapat almari pakaian yang kecil tetapi muat untuk meletakkan pakaian 2 orang. Bersebelahan dengan almari pula tersedia meja solek yang turut diletakkan pantry di atas meja solek tersebut. Bagi DN, susunatur barang-barang di sini teratur, cukup segala keperluan yang diperlukan apabila menginap di hotel dan selesa.

Apabila menjengah ke bilik air pula, keadaan bilik air kemas dan selesa walaupun kecil. Mandian air panas turut tersedia di dalam bilik air ini tetapi tidak di basin, ia tidak disediakan hot water. Ini tidak menjadi masalah bagi DN kerana memang apabila DN memilih hotel budget yang berharga kurang dari RM100, DN tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk lengkap kesemua apa yang ada di hotel lain. Bagi DN, hotel ini serba-serbi lengkap sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Perlu diingatkan, harga yang ditawarkan tidak termasuk sarapan pagi. Oleh itu, selesai solat, mandi dan bersiap-siap, DN terus keluar dari Georgetown Hotel ini. Tidak jauh pun perginya. Hanya berjalan kaki ke bangunan sebelah yang terletak KFC 24 jam. Lokasi KFC yang berada betul-betul di sebelah Georgetown Hotel ini menyebabkan hotel ini sesuai untuk didiami oleh mereka yang mencari hotel budget di tengah kota Penang.

Selesai di Georgetown Hotel, lain kali DN akan cuba menginap di hotel lain pula. Agak-agak ada yang nak sponsor hotel kat Penang tak? Hihi... Berangan sungguh DN nak dapat sponsor kan. Bukannya blogger famous pun.... :p

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Speaker X-Mini ME Kecil dan Comel

$
0
0
Beberapa hari ini DN sangat rajin untuk menonton cerita dan mendengar lagu di laptop DN. Ini gara-gara adanya X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini bersama DN. Kadangkala, laptop yang tengok DN disebabkan DN sudah belayar ke mana-mana entah. Hee....
Sudah beberapa hari DN melayani X-Mini ini. Bentuknya yang comel dan kecil ini sangat mudah untuk DN meletakkannya di mana sahaja. Selain itu, X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini juga mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan. Sekali tengok macam bukan speaker kan. Walaupun speaker ini kecil, bunyi yang boleh didengari tidak sekecil speaker ini. Bunyinya halus tetapi jelas untuk didengari seluruh ruang tamu rumah DN.
 Bukan DN sahaja yang menggunakan speaker X-Mini ini, adik DN juga berminat untuk menggunakannya. Dari telefon beliau, apabila pasang speaker ini, semua orang kena dengar lagu Korea kegemaran beliau. Huhuhu... Layankan sahaja. Agak-agak dah jemu dengar lagu Korea, DN ambil speaker X-Mini ini dan sambung semula ke laptop. Layan movie lagi nampaknya. Heee...
Ciri-ciri X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini adalah seperti berikut :-
  • Dimensi : 44mm x 38mm
  • Berat bersih : 44g
  • Speaker : magnet dilindung 31mm (3.6ohm)
  • Pembesar suara output : 1.5 Watt
  • Frekuensi Respon : 200Hz - 20kHz
  • Isyarat ke Bunyi : >80desibel
  • Masa main semula : sehingga 6 jam
  • Kapasiti Bateri : 230mAh
  • Voltan Bateri Mengecas : 5Volt (USB)
  • Caj Bateri Masa : Minimum 1.5 jam
  Harga : SGD29.90 (~RM100) tidak termasuk kos penghantaran
Pembelian secara online http://store.x-mini.com/


Selain daripada X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini, terdapat produk lain yang berada di pasaran. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan X-Mini ME Thumb-Size Speaker dan produk lain, boleh merujuk maklumat di bawah :-

Website : www.X-mini.com

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Viewing all 471 articles
Browse latest View live