Assalamualaikum dan selamat petang semua!
Sedih rasanya hendak meninggalkan Melbourne selepas 6 hari disini. Pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan. DN doakan semoga kalian yang membaca ini berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini bagi sesiapa yang belum ke sini dan juga dapat ke sini lagi bagi mereka yang pernah datang ke sini. Seperti dijanjikan, kemana DN hari terkahir di Melbourne City Australia ini?
Kami mengambil tram dan bergerak menuju ke Melbourne Exhibition Centre. Kami tidak buat apa-apa pun disini selain dari bersiar-siar di taman berhampiran dan menikmati makan malam. Sementara menunggu makan malam, macam-macam aktiviti yang kami buat. Jom DN kongsikan gambar-gambar kami sepanjang bersiar-siar di taman ini.
Cuaca kan panas, dapat makan aiskrim sedap juga.
Kami sepakat membeli kasut yang sama semasa Membelibelah di Queen Victoria Market Melbourne Australia. Mujur semua saiz ada. Alhamdulillah.
Kami mengambil peluang bergambar berlatarbelakangkan Melbourne City.
Maafkan perangai gila-gila kami semua. Sekali sekali dapat keluar dari dunia pekerjaan dan buat aktiviti bersama rakan-rakan yang lain, kadangkala perangai kami tidak dapat diduga. Yang tengah itu merupakan suami Kak Lina merangkap insan yang bertanggungjawab menjaga dan membawa kami berjalan-jalan. Terima kasih tidak terhingga DN ucapkan. Tanpa mereka berdua, perjalanan kami sepanjang berada di Melbourne ini pasti tidak lancar.
Akhirnya, matahari mula menurunkan dirinya. Malam makin menjelma dan kami meninggalkan taman menuju ke mall berhampiran untuk makan malam.
Dalam perjalanan, kami dihiburkan dengan pertunjukan api ini. Dahlah cuaca panas, bila keluar api sebegini bahangnya terasa sepanjang kami berjalan.
Selesai menikmati makan malam, kami mengambil tram untuk kembali ke rumah Kak Lina. Kami perlu mengemas dan mempersiapkan diri untuk mengambil bas kembali ke Melbourne International Airport.
Akhirnya, kami sudah bersedia untuk kembali ke Malaysia. Syukur alhamdulillah atas pengalaman yang berharga ini. Semuanya berjalan lancar sepanjang 6 hari disini. DN kongsikan disini untuk tatapan pembaca semua dan menjadi diari terindah DN.
Terima kasih kepada keluarga Kak Lina kerana sudi melayan karenah, ragam dan membawa kami bersiar-siar sepanjang 6 hari kami disini. Jangan serik tau! Kalau DN hendak datang lagi, DN akan cari Kak Lina. Hee... Cerita sepanjang travelog DN berada di Melbourne boleh klik entry di bawah ini :-
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom