Seperti dijanjikan, DN sambung kisah DN di Melbourne, Australia ini. Ke mana DN sepanjang berada di sana? Haaaa.... Jom ikut DN.
Yeayyyy!!! Kita sudah berada tidak jauh dari pantai. Jom pergi ke tepi pantai jom.
Kalau tanya DN, cuaca disini terik tetapi berangin. Seronok pula tengok mereka berkelah di tepi pantai sebegini sambil bermain layang-layang. Eh? Layang-layang ke tu? Heee.... Tetiba DN terimbau zaman budak-budak sambil bermain layang-layang. Dah tua ini tidak berpeluang nak main layang-layang lagi. Hmmm... Tidak mengapalah.
Cantik kan pemandangan dan suasana disini. Jom layankan gambar-gambar DN sepanjang berada di Brighton Beach ini. Sila abaikan aksi-aksi DN dan sahabat yang lain ye. Kitorang memang begini bila berjumpa. Kikiki...
Dah lewat petang ni. Kami nak pergi tengok penguin pula. Masa kami ke Melbourne ini Medshoe belum ada. Kalau tidak, masing-masing mesti menggayakan kasut Medshoe kan. Heee... Oklah, DN nak bawa kalian semua ke tempat berikutnya. Ke mana kita? Haaa... Kita ke entry seterusnya ye. :)