Waaahhhh! Alhamdulillah syukur! Akhirnya DN dapat luangkan masa sedikit walaupun kurang sejam untuk membuka blog ini. Moga DN masih gagah dan setia untuk berkongsi cerita disini. Maaf kerana masa DN agak terhad beberapa bulan ini kerana perlu memfokuskan banyak masa DN untuk perkara yang lebih penting. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dan insyaAllah DN akan kembali menulis seperti biasa.
Izinkan DN untuk menyambung kisah DN di Melbourne, Australia. Walaupun sudah lama berlalu, segalanya masih segar dalam ingatan dan memori DN. Mungkin ada juga informasi yang tidak tepat atau salah, mohon betulkan ya.
Selepas beberapa jam menjejaki Penguin di Philip Island, DN dan rakan-rakan meneruskan perjalanan menuju ke Melbourne CBD. Perjalanan kami mengambil masa lebih 3 jam. Ini kerana kami hanya bersantai sahaja dan singgah di beberapa tempat untuk menikmati angin petang.
Kami berhenti rehat di Churchill Island seketika dan meninjau suasana tepi pantai tanpa gangguan sesiapa. Disini bukanlah tempat tarikan pelancong, hanya sebuah heritage farm yang tenang dan mendamaikan. Memang boleh dikira dengan jari orang yang ada di sini. Kami menuju ke tepi pantai dan duduk di tepi pokok sambil merenung luas ke lautan biru.
Kebetulan masa kami ke sini, air surut jadinya pemandangan tidaklah secantik mana. Tetapi hembusan angin yang bertiup dalam terik matahari sudah cukup mendamaikan suasana. Kalau tidak memikirkan hendak kembali ke Melbourne CBD, memang lama kami disini.
Setelah hampir 30 minit kami disini, kami kembali ke kereta untuk meneruskan perjalanan kami. Selamat tinggal Churchill Island. Moga diizinkan Allah untuk kembali ke sini lagi.
Kami singgah di Chocolate Factory memandangkan tempat ini sehala dengan laluan kami untuk kembali ke Melbourne City. Chocolate Factory Phillip Island dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Niat di hati ingin duduk berehat sambil minum hot chocolate di cafe tempat ini. Malangnya, cafe disini tutup lebih awal jadinya perancangan kami pun berubah.
Selepas membeli beberapa coklat disini sebagai buah tangan, kami meneruskan perjalanan ke Melbourne tanpa berhenti di mana-mana. Selepas melalui perjalanan hampir 2 jam, kami pun tiba di Melbourne CBD.
Kami menginap di Mantra City Central ini. Tempat penginapan kami betul-betul di bandar dan dikelilingi dengan pelbagai tempat membeli belah. DN akan kongsikan suasana hotel ini pada entry berikutnya. Terima kasih kepada insan yang menaja penginapan kami selama 2 malam disini. Kami hargai sangat-sangat kebaikan anda.
Sabar ye. Bagi DN sambung buat kerja sikit. Jumpa lagi nanti... ^_^