Assalamualaikum...
Memandangkan projek seliaan DN di Penang telah bermula, maka kekerapan DN akan turun di Penang adalah setiap bulan. Oleh itu, DN akan banyak membuat review hotel di Penang pula selepas ini. Orang kata, bila tengok di website setiap hotel, cantik-cantik sahaja gambarnya. Kebiasaannya, dari gambar sahaja nampak cantik, realitinya biasa sahaja. Betul ke tu? Haaa... Dengan itu, DN mengambil inisiatif untuk berkongsi review DN sendiri atas pengalaman sendiri. Maklum sahaja, kita bukan photographer professional, jadinya gambar biasa-biasa sahaja tanpa edit DN kongsikan di blog ini.
Kali ini DN ingin berkongsi pengalaman DN menginap di Cititel Express Penang. Maklumat hotel tersebut adalah seperti berikut :-
123, Lebuh Noordin,
10300 Pulau Pinang.
No. Tel. : +6042591188
No. Fax : +6042641188
Website : http://www.cititelexpress-penang.com
Email : info@cititelexpress-penang.com
DN memilih bilik standard semasa menginap disini. Keluasan bilik ini tidak terlalu besar tetapi tetap selesa untuk seorang. Katil memang empuk dan selesa. Di kiri kanan katil tersedia meja kecil dan lampu tidur.
Berhadapan dengan katil terdapat ruang meletak barang yang panjang dengan laci terbuka dan terdapat juga pantry di bahagian hujung. Susun atur sebegini memang menjimatkan ruang di samping penggunaan TV LCD dan cermin letak di dinding.
Selain itu, berhampiran pintu masuk terdapat juga almari untuk meletak barang. Pintu almari tersebut telah dilengkapi dengan cermin dan disekalikan dengan pintu untuk ke bilik air. Hanya perlu slide pintu tersebut untuk menutup bilik air ataupun almari. Sangat simple rekabentuknya tetapi menarik dan menjimatkan ruang. Yang menariknya, di hotel ini sudah disediakan sejadah di bilik hotel tanpa perlu diminta.
Bilik mandi juga selesa untuk seorang dan disediakan shower dengan air panas serta keperluan asas lain seperti sabun, syampoo, tuala dan tisu. Keseluruhannya, bilik ini memang selesa, sedap mata memandang dan memuaskan. Lebih-lebih lagi kemudahan internet turut disediakan. Harga bilik ini ketika DN menginap adalah RM170 termasuk saparan pagi. Memang mudah untuk ke mana-mana kerana lokasinya yang terletak di kawasan bandar.
Itulah serba-serbi pengalaman DN menginap di Cititel Express Penang. Ada beberapa lagi bilik hotel yang akan DN kongsikan nanti. Tunggu DN lapang sikit DN kongsi disini ye. Hee... Daaa...
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom