AEON Shah Alam telah secara rasminya dibuka kepada pengunjung bermula 10 Mac 2016 yang lalu. Restoran Jepun Sushi King yang merupakan subsidiari di bawah Texchem Group telah membuka cawangan mereka di sini. Ia merupakan cawangan Sushi King yang ke-100 dan pelancaran rasmi outlet mereka telah diadakan pada 15 Mac 2016 baru-baru ini di AEON Shah Alam.
Pengasas Sushi King dan Pengerusi Eksekutif Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato' Seri (Dr) Fumihiko Konishi telah hadir di hari perasmian dan menyatakan bahawa ini adalah peristiwa penting dalam sejarah Sushi King.
"Dari hari pertama kami membuka outlet pertama di Kuala Lumpur, kami pasti perniagaan ini dapat berkembang maju sehingga wujudnya outlet kami yang ke-100. Dengan pendedahan hidangan Jepun kepada rakyat Malaysia, ia memberi peluang kepada kami untuk belajar budaya Malaysia di samping sikap ingin tahu mereka tentang makanan baru," kata Tan Sri Dato' Seri (Dr) Fumihiko Konishi di hari perasmian itu.
Perasmian ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Beliau telah memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa Sushi King telah mendapatkan sijil halal dari JAKIM. Ini jelas menunjukkan keprihatinan beliau dalam memastikan sensitiviti rakyat Malaysia diambil perhatian sewajarnya. Selain itu, Sushi King juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di hari perasmian tersebut.
Lokasi Sushi King AEON Shah Alam adalah seperti berikut :-
Sushi King,
F-06, 1st Floor,
AEON Mall Shah Alam,
No.1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm
Inilah antara rakan-rakan media dan blogger yang hadir. Konsep dan menu yang diketengahkan di AEON Shah Alam tetap sama seperti di Sushi King tempat lain.
Jemput makan semua... Terima kasih Sushi King untuk jemputan ini dan tahniah di atas pelancaran Sushi King yang ke 100. Moga perancangan untuk membuka banyak lagi cawangan lain di Malaysia serta memasuki pasaran Indonesia akan berjalan dengan lancar dan baik.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom