Assalamualaikum sahabat semua!
Seperti dijanjikan, DN akan mengumumkan siapakah yang berjaya mendapat jemputan makan malam bersama pemilik www.deqnoor.com ini. DN akui bukan mudah untuk setia meninggalkan jejak di sesebuah blog selama 6 bulan berturut-turut apatah lagi selama setahun. Lebih-lebih lagi boleh dikira dengan jari berapa entry yang dipublish setiap bulan macam DN ini. Hee... Kalian memang hebat. Two thumbs up!
Berikut adalah senarai 5 pengomen tegar yang terpilih bagi cabaran Julai - Disember 2015 :-
Terima kasih kepada mereka yang telah melibatkan diri dengan apa yang DN lakukan ini. Sokongan dari kalian semua membuatkan DN sentiasa berusaha untuk terus menulis disini. Terima kasih kepada semua. Kepada nama mereka yang telah tersenarai di atas, jumpa kita di H Gallery Cafe pada 23 Januari 2016 ini jam 8.00 malam. Bawa seisi keluarga supaya kita dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama blogger.
Terima kasih sekali lagi diucapkan pada semua. Dengan ini, cabaran Pengomen Tegar 2016 akan diteruskan lagi. Doakan DN diizinkan Allah untuk terus berkongsi rezeki dengan semua. Siapakah Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2015? Nantikan pengumuman DN semasa makan malam nanti. Macam lah suspen sangat ye. Hihihi... :p
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom