Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

River Grand Suite Hotel Hatyai

$
0
0
Seperti dijanjikan, DN ingin berkongsi hotel yang DN duduki sepanjang berada di Hatyai ini.


DN telah menginap di River Grand Suite Hotel. Hotel ini terletak di 65 Chontrara Rd., Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand 90110. Hotel 5 tingkat ini mempunyai 100 bilik keseluruhannya.


Masuk sahaja di main lobby terus boleh nampak counter reception yang unik ini. Kenapa unik? Sebab kaunter disini keseluruhannya daripada kayu ukir. Macam ala-ala minangkabau gitu tau. Persekitaran lobby ini juga sangat selesa kerana terdapat banyak kerusi untuk duduk, satu sudut ruang untuk menggunakan internet dengan disediakan satu komputer dan sudut ruang membaca dengan disediakan surat khabar berbahasa Thai. Confirm lah DN tak faham nak baca. Hee... Wifi juga turut disediakan jadi tiada masalah untuk menggunakannya walaupun berada di dalam bilik nanti.

Selesai urusan untuk check-in, masing-masing menuju ke bilik masing-masing. DN duduk sebilik dengan adik-adik DN manakala parent DN duduk di bilik berbeza. Disebabkan kami bertiga maka extra bed diberi dengan cas tambahan dikenakan. Berapa cas tersebut, DN tak pasti. Lupa nak tanya mereka haritu. Jom kita terjah bilik yang akan kami adik-beradik menginap ini.


Kami telah diberi bilik deluxe double yang berharga 892baht. Harga ini tidak termasuk hotel tax and service fee. Nampak selesa dan kemudahan asas iaitu katil, kerusi, meja, meja solek, almari, TV, peti ais, telefon dan cermin disediakan. Cuma yang tidak selesa untuk DN adalah bilik ini tidak mempunyai carpet dan selipar juga tidak disediakan. Sejuk kaki bila tiada carpet ni kan. Heee... Takpe lah. Nak buat macam mana kan. 


Hanger turut disediakan di dalam almari dan ruang untuk meletak bag juga cukup besar. Boleh letak dua bag di ruang yang disediakan. Benda tambahan yang terdapat di dalam bilik hotel ini adalah kipas yang cantik ini. Jika diberi pilihan antara aircond dan kipas, DN pasti akan memilih kipas kerana DN tidak suka tempat sejuk. Malangnya kipas ini tidak function pun. Sekadar hiasan kot. Kena lah DN guna aircond. 

Semuanya ada tetapi kettle untuk masak air panas tiada. Perkara asas yang perlu ada di dalam bilik hotel juga kan. Tapi cawan diberi. Hmmm... Camne tu? Lepas cek dengan reception, rupanya kalau nak air panas kena ambil di dapur bawah. Nanti dia akan bagi air panas di dalam thermos. Kaedahnya..... Kerja tambahan nak minum air panas. Hihi..... Kita menjengah ke bilik air pula.


Semuanya biasa sahaja sesuai dengan harga bilik hotel ini. Tetapi yang tak best adalah di sink tiada air panas, bath tub tidak boleh digunakan kerana penutup lubang tidak diberi atau hilang atau... entah. Tak tahu la DN. Shower pula kejap panas, kejap sejuk. Adehhh... 

Banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh mereka kerana perkara sebegini sepatutnya mereka ambil tindakan sebelum mana-mana orang dibenarkan menginap di bilik tersebut. Arah kiblat juga tiada di dalam bilik jadi kami perlu bertanya kepada mereka yang tahu ataupun guna kompas phone sahaja untuk menentukan arah kiblat. 

Serba-serbi masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki jika mahu ramai lagi pelancong asing datang menginap di sini. Semoga mereka akan memperbaiki keadaan bilik mereka dengan mengambil contoh hotel lain yang mempunyai rate sama di tempat-tempat lain. Walaupun begitu, bilik ini masih selesa diduduki kerana sistem pengudaraan dan pencahayaan di bilik ini sangat bagus. 

Yang paling penting, lokasi hotel ini juga tidak jauh dari tempat shopping di bandar Hatyai. Malam-malam mereka ada market yang dibuka sehingga lewat malam untuk pengunjung bershopping tau. Perjalanan ke tempat-tempat shopping tersebut dari hotel ini tidak sampai 10 minit berjalan kaki. Kami nak shopping hanya berjalan kaki sahaja dari hotel ini. Kalau agak malas nak berjalan, bolehlah ambil Tuktuk dengan harga 20baht seorang. 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan hotel ini, boleh rujuk disini atau ke facebook

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles