Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Movie Review : Kasut Ku Kusut

$
0
0
Latar Belakang Filem

Penutup 2014 Metrowealth (MIG) tampil dengan sebuah filem bergenre komedi yang bertajuk Kasut Ku Kusut. Filem arahan Pierre Andre ini merupakan filem ke-99 Metrowealth (MIG). Peneraju utama filem Kasut Ku Kusut ini adalah Shaheizy Sam dan bergandingan buat pertama kali dengan pelakon meningkat naik dari Singapura, Atikah Suhaime. Turut sama membintangi filem ini adalah Along Eyzendy, Pablo Amirul, Epy Kodiang, Kamarool Haji Yusoff dan Khatijah Tan. Lokasi utama penggambaran ini adalah di sekitar Kampar, Perak.
Sinopsis

Kasut Ku Kusut mengisahkan tentang Manap (Shaheizy Sam) telah berjaya memiliki kasut yang diimpikannya selama ini. Manap telah memakai kasut barunya ke kenduri kahwin bekas kekasihnya tetapi telah dicuri apabila Manap naik ke atas rumah untuk menemui pengantin. Manap berusaha mencari kasut barunya yang hilang dan mendapati kasut tersebut dipakai oleh Markos (Pablo Amirul), ketua kumpulan jenayah Father Dragon (Kamarool Haji Yusoff). Pada hari yang sama, Markos sedang memburu Suzi (Atikah Suhaime) yang telah terlepas dari genggamannya. Dengan bantuan Hamid (Along Eyzendy) yang merupakan sahabat baik Manap, Manap mengejar Markos tetapi mereka hanya berjaya menyelamatkan Suzi, bukan kasut baru Manap. Disebabkan Suzi terlepas semula, Markos telah menculik ibu Manap (Khatijah Tan) untuk dijadikan tebusan dan kawan-kawan Manap turut dipukul.

Benarkah Markos yang mencuri kasut baru Manap? Dapatkan Manap menyelamatkan ibunya? Adakah kawan-kawan Manap yang dipukul semuanya selamat? Bagaimana pengakhiran Markos dan kumpulan Father Dragon akhirnya? Segalanya akan terjawab dengan menonton Kasut Ku Kusut yang sudah berada di pawagam hari ini, 18 Disember 2014.
Komen Penulis

Filem ini sangat sesuai jika ditonton untuk bergelak ketawa. Shaheizy Sam seperti biasa berjaya menjiwai watak dan seterusnya menerbitkan unsur komedi di dalam filem ini di samping bantuan rakan-rakan pelakon yang lain. Walaubagaimanapun, ada komedi yang tidak difahami serta tiada motif contohnya seperti Father Dragon yang suka bermain dengan buih sabun. Tidak jelas kenapa beliau jadi seperti itu. Selainnya, apa yang boleh diambil iktibar dari filem ini adalah terdapat mesej tentang erti setiakawan di dalam filem ini yang boleh dicontohi. DN berikan 2/5 untuk filem ini.

Trailer




Koleksi Gambar






Saksikan Kasut Ku Kusut di pawagam berhampiran bermula 18 Disember 2014 ini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles