
Kunjungan DN ke Restoran Aroma Hijrah kali ke berapa DN tidak pasti tetapi kali ini DN berpeluang ke sini bersama rakan-rakan blogger. DN dan rakan blogger lain dihidangkan dengan set A yang terdiri daripada gabungan ayam dan kambing seperti berikut :-
- 1 Roasted Chicken
- 1 Masywi Chicken
- 1 Roasted Lamb
- 1 Kabsah Lamb
- Salatah & Harrah
Kami juga berpeluang merasai shish taouk (grilled chicken skew) RM12.50 dan lamb skewer RM14.50. Keseluruhan rasa makanan di dalam menu disediakan di sini memang tidak dinafikan sedapnya. Sebab itu DN dan keluarga sering ke sini setiap kali ingin menikmati Nasi Arab. Keenakan Nasi Arab ini ingin DN kongsikan bersama pembaca setia dan diharap Restoran Aroma Hijrah menjadi pilihan jika anda berkunjung ke TTDI Jaya Shah Alam. Jom DN kongsikan suasana di dalam Restoran Aroma Hijrah ini pula.
Suasana yang tenang dengan dekorasi yang menarik ini pasti membuka selera mereka yang berkunjung ke Restoran Aroma Hijrah ini. Jangan terkejut jika DN katakan dekorasi yang unik dan santai ini keseluruhannya adalah idea penuh pemilik Restoran Aroma Hijrah sendiri. Cantik kan... :)
Anda juga boleh memilih untuk duduk bersila di ruang yang disediakan ini. Tujuan ruang yang mempunyai tabir ini disediakan adalah bagi menjaga privacy mereka yang ingin makan dalam keadaan tertutup terutama sekali untuk kaum wanita yang memakai purdah.
Ruang makan yang lebih besar juga disediakan jika ingin menempah tempat yang lebih besar. Restoran Aroma Hijrah juga ada menerima pelbagai tempahan tempat dan makan jika ada yang berminat untuk menempah bagi pelbagai majlis. Restoran Aroma Hijrah turut menawarkan pakej perkahwinan di sini yang boleh memuatkan seramai 500 orang sekali masuk. Menarik bukan. Oleh itu, jika ada yang berminat untuk menikmati nasi arab di Restoran Aroma Hijrah dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang tempahan majlis yang ditawarkan, maklumat restoran ini adalah seperti berikut :-
Restoran Aroma Hijrah
No. 6 - 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639
Facebook : https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Restoran Aroma Hijrah
No. 6 - 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639
Facebook : https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Waktu Operasi :-
Isnin - Khamis : 11.00am - 10.30pm
Jumaat - Ahad / Cuti Umum : 11.00am - 11.00pm
*Tutup semasa solat Jumaat : 1.15pm - 2.00pm
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom