Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Kak Sah Muslim Kitchen, Thanon Lamaisongkrew

$
0
0
Permulaan tahun baru 2013 ini DN mulakan dengan sambungan kisah Pengalaman Pertama Menaiki Bas ke Hatyai dan Songkhla. Selepas perjalanan selama 10 jam, pastinya perut sudah berbunyi-bunyi minta untuk diisi. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang aktiviti lain, kita pergi mengisi perut yang lapar ini dahulu.


Perjalanan kami berhenti di sebuah kedai makan Kak Sah Muslim Kitchen yang terletak di Thanon Lamaisongkrew. Susahnya nak sebut nama jalan kan. Hihi... Difahamkan sukar untuk mendapatkan makanan halal di Thailand ini tetapi sepanjang berada di sini, kami tidak menghadapi kesukaran kerana semuanya telah diuruskan oleh tourist guide kami. 

Di sini juga kita dapat lihat jalanraya mereka sangat sibuk. Sibuk dengan overhead kabel elektrik yang berselirat ini. Pertama kali DN melihat pemandangan seperti ini di negara orang. Kenapa? Belum sempat bertanya, tourist guide kami yang bernama Osman mengambil inisiatif menceritakannya kepada kami. Menurut beliau, kawasan ini merupakan kawasan banjir oleh itu, kerajaan mereka tidak mahu membuat underground cable bagi mengelakkan sebarang bekalan elektrik terputus untuk penduduk tempatan.


Berbalik semula kita kepada kedai makan Kak Sah Muslim Kitchen ini. Kedai ini menghidangkan masakan nasi campur sama seperti di Malaysia. Oleh itu, tidak ralat untuk kami makan di sini. Harga juga berpatutan. 1 jenis lauk 30baht, 2 jenis lauk 35baht manakala jika kita mengambil daging / ayam kampung harganya hanya 40 baht. Suasana tempat makan juga selesa dan bersih. Kedai ini betul-betul terletak di tepi jalan jadi sangat mudah untuk berhenti makan dan boleh nampak dari tepi jalan utama juga. Apa yang DN makan disini?


DN memilih nasi berlaukkan ikan dan sayur. Harga makanan DN ini hanya 35baht. Untuk minuman pula kami sudah disediakan dengan air sirap. Pagi-pagi sudah minum air sirap sejuk. Hmm.. Tak kisah lah asalkan dapat makan. Hee... Sebenarnya kami sampai di sini sudah jam 10.30 pagi masa Thai. Tidak lah sarapan pagi sangat sebab mereka sudah menyediakan makanan untuk makan tengah hari.

Happy adik DN bila dapat makan. Kalau tidak monyok sahaja mukanya sebab lapar. Hee... Tengok meja kami yang ayah DN duduk itu. Licin pinggan kami makan. Maklum lah, lepas dah makan ini, tidak tahu bila lagi next kami akan makan. Pinggan yang tak habis itu kepunyaan adik DN ini lah. Kata lapar lepas tu ambil makanan banyak-banyak, sekali makan tak habis. Apa lah... 

Alhamdulillah... Perut sudah diisi dan kami sangat kenyang. Oleh itu, dapatlah kami ke tempat berikutnya dengan senang hati. Ke mana? Nantikan cerita DN selepas ini ye.... :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles