Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Menjejakkan Kaki Ke Adelaide South Australia

$
0
0
 Halo there! Akhirnya DN berpeluang untuk menceritakan kisah DN ke Adelaide, South Australia untuk entry kali ini. Sebenarnya DN ke Adelaide bersempena birthday DN yang ke-30 pada 4hb September yang lepas. Kira macam hadiah untuk diri sendiri lah kan. Heee.... Apapun DN perlu berterima kasih kepada rakan blogger DN, Kisah Tatie kerana memberikan beberapa tips dan penerangan serta perkongsian tempat-tempat yang menarik di sana sebelum DN sampai ke Adelaide.

 Perjalanan selama hampir 8 jam memang agak memenatkan. 8 jam rasanya sebab beza masa Malaysia-Adelaide 1 jam 30 minit jadi tiba-tiba rasa macam tak reti kira. Heee.... Kebetulan DN duduk di tepi tingkap maka hendak keluar masuk susah pula. Penumpang lain di sebelah DN nyenyak tidur jadi duduk sahaja lah. Huhuhu... Pengajaran untuk DN, ambil tiket di sebelah laluan lebih-lebih lagi jika perjalanan yang lama seperti ini.
Semasa di dalam kapal terbang, DN telah diberi borang kemasukan ini untuk diisi. Memang betul orang kata, untuk masuk ke Australia agak sulit bagi melepasi kastam terutamanya tapi alhamdulillah, memandangkan DN tidak membawa sebarang makanan walaupun ada ubat-ubatan peribadi, DN tiada masalah untuk melepasi kastam. Mereka cuma bertanyakan ubat apa yang DN bawa dan adakah DN mempunyai batuk. Disebabkan bekalan ubat yang DN bawa hanya untuk 5 hari dan tiada batuk, DN lepas begitu sahaja. Tetapi DN dapat lihat ada yang disoal siasat dengan begitu lama, ada yang perlu masuk ke bilik untuk dipunggah bag mereka, ada yang perlu memasuki barisan untuk di scan bag mereka dan ada yang bag mereka dihidu oleh anjing pengesan. DN dibenarkan melalui barisan hijau dan keluar dari Adelaide Airport selepas 1 jam 20 minit...
Keluar sahaja dari Adelaide Airport, cuaca di luar panas terik tetapi sejuk. Hmm.. Macam mana nak kata tu ye. Heee.... Walaupun panas tetap DN kena pakai baju yang tebal sedikit kerana suhu ketika itu sekitar 24C. Adelaide Airport tidak lah besar mana jadi tidaklah perlu jalan jauh untuk keluar dari airport. DN menuju ke WHSmith Express bagi mendapatkan Visitor Pass untuk digunakan sepanjang DN berada di Adelaide ini.
Inilah kedai WHSmith Express tempat DN beli Visitor Pass. Keluar daripada Adelaide Airport tak jauh pun nak ke sini. Jalan ke sebelah kiri sahaja. Cuba tengok foreigner yang duduk belakang DN tu. Semua pandang DN. Pelik kot DN tangkap gambar guna monopod. Hihihi... Tak kisah lah. Yang penting DN dapat tunjuk rupa kedai WHSmith Express ini walaupun tulisannya terbalik. Hee...
Inilah Visitor Pass yang DN beli itu. Kenapa DN beli Visitor Pass ini? Kerana DN akan gunakannya untuk menaiki Metro Bas, train dan tram sepanjang berada di Adelaide ini. Sangat mudah dan murah tau bila ada Visitor Pass ini. DN tidak perlu risau untuk beli metro tickets jika hendak ke mana-mana. Visitor Pass ini ada 2 jenis.
1. 3-day Visitor Pass berharga $25.00
2. 28-day Pass berharga $117.00
DN membeli 3-day Visitor Pass memandangkan DN berada di Adelaide selama 3 hari. Hari ke-empat? Masih boleh gunakan Visitor Pass ini tetapi perlulah recharge di mana-mana mesin yang terdapat di dalam train, tram atau di stesen-stesen utama yang tersedia mesin untuk membeli tiket.
DN berjalan kaki menuju ke stesen bas 10 Airport Rd untuk menunggu bas J1 bagi membawa DN ke stesen bas B2 Currie St yang terletak di Adelaide City. Kemudahan lain yang tersedia adalah DN boleh merancang perjalanan DN sepanjang berada di Adelaide ini dengan hanya menggunakan website Adelaidemetro. Di dalamnya ada memberikan maklumat seperti bas apa yang perlu dinaiki, jam berapa bas akan tiba dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi beserta peta laluan untuk ke tempat yang ingin dituju. Sangat berguna dan mudah. Jadual perjalanan bas juga turut diberikan dengan terperinci di dalam website Adelaidemetro ini.
Inilah website Adelaidemetro yang DN maksudkan. DN tunjukkan demo bagaimana Adelaidemetro  memberikan maklumat jenis bas, masa, laluan dan peta untuk DN pergi ke lokasi yang ingin DN tujui. Masuk sahaja destinasi yang ingin kita pergi di Adelaide ini, insyaAllah tidak akan sesat. Kemudahan wifi juga sangat bagus di sini terutama sekali ketika berada di Adelaide City.
Tidak sampai 5 minit menunggu, bas J1 yang dinanti-nantikan pun tiba. Kelihatan ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ini untuk membawa mereka ke Adelaide City dari Adelaide Airport. DN difahamkan penduduk di sini kebanyakannya menggunakan perkhidmatan bas untuk ke mana-mana memandangkan parking kereta adalah $15 per hour. Gulp! Mahal tu. Tapi kemudahan bas di sini sangat bagus dan tepat maka tidak menjadi masalah bagi mereka untuk ke mana-mana menggunakan bas.
Sebab itulah jalan di Adelaide lengang sahaja. Boleh dikira berapa buah kenderaan yang lalu di jalan raya. DN biasa hidup di Malaysia yang sentiasa tersangkut dengan kesesakan lalu lintas dan selalu perlu rush untuk ke mana-mana. Bila tiba di Adelaide dan perlu menjalani hidup dengan relax dan tenang, rasa berdebar dan kekok pun ada. Hihihi... Lawak rasanya.
Selepas 22 minit perjalanan, DN tiba di stesen bas B2 Currie St. Dari sini DN perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 350m atau 3 minit untuk sampai ke penginapan DN. DN akan ceritakan mengenai penginapan DN di entry yang berbeza.
Untuk sampai ke penginapan DN, DN perlu melalui tempat parking metro bas dan University of South Australia. Tidak pula rasa takut untuk berjalan di sini kerana mungkin pemandu di sini memberi keutamaan kepada pedestrian untuk melintas dahulu, baru mereka akan jalan. Sampai sahaja di tempat penginapan, DN meletakkan bag dahulu dan pergi makan tengah hari sebelum boleh check-in jam 2.00pm.

Oklah, DN cerita kisah DN di Adelaide sehingga sini dahulu. Nanti bila masa mengizinkan DN akan sambung semula. Terima kasih kerana bersabar... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles