Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Pearl View Hotel Penang

$
0
0
Baru-baru ini DN berkesempatan menginap di Pearl View Hotel Penang. Walaupun tidak sampai 24 jam DN di Penang, disebabkan DN sampai malam maka DN perlu menginap di sini. DN memilih hotel ini kerana ia berhampiran dengan tempat-tempat yang perlu DN pergi. Geram juga DN dengan Waze sebab asyik bawa DN ke tempat yang salah. Dari airport ke hotel ini lebih sejam kot. 10.30pm baru DN sampai hotel.
 Sampai dah lah lewat, lepas itu bila hendak ke tempat parking bertingkat yang disediakan hotel perlu bayar RM2. Aik? Untuk mereka yang menginap di hotel pun perlu bayar parking? Kenapa bukan FOC? Uncle guard itu suruh DN park kereta di depan hotel untuk register dahulu, kemudian dah dapat kad dan tahu no bilik baru boleh naik parking. Orang dah lah penat, suruh pusing balik ke entrance depan, naik untuk register dahulu, turun balik ke kereta lepas tu bawa kereta ke tempat parking tingkat atas. Memang tak lah DN nak buat macam itu. DN bukan datang lenggang, bag berat sebab bawa banyak dokumen. Sepatutnya memudahkan pengunjung tetapi hotel ini menyusahkan pulak. Huh... Stress tahu bila penat2 sampai kena buat macam2 camni. Last2 DN bayar sahaja RM2 dengan muka tidak puas hati. Huhuhu....

Tempat letak kereta penghuni hotel terletak di tingkat 6. Haruslah ada lif kan. Tetapi bila tengok notis tertera di atas, panas hati tiba-tiba. DN sampai lebih 10.30pm dan lif diberhentikan operasi serta suruh DN guna tangga? Rasa nak pecahkan sahaja notis itu tau. Uncle tadi takde pun cakap macam tu masa nak naik tadi. Hmmm... Tenangkan hati, fikir positif, tekan butang lif macam biasa. Butang menyala. Lega seketika dan harap-harap pintu lif akan terbuka. Selang beberapa saat menunggu, pintu lif pun terbuka. Alhamdulillah... Tak perlu DN angkut beg berat penuh berisi dokumen dan baju menggunakan tangga.

Lepas sudah register dan membayar harga bilik Wing Deluxe Room yang berharga RM220, DN pun menuju ke bilik. Ketika ini jam sudah melewati 11pm. Nampak katil yang besar ini rasa hendak terus tidur tetapi malangnya, banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum tidur. Sempat DN meninjau keadaan sekeliling bilik ini.




 Di tepi sisi katil terdapat meja kecil dan sebuah sofa kecil. Di atas siling tidak jauh dari ruang ini ada disediakan arah kiblat.
 Berdepan dengan katil terdapat LCD TV. Buka TV, tengok coverage sangat teruk serupa tak payah bagi tengok TV, DN matikan semula TV dan meletakkan laptop di ruang kerja yang kecil sebelah meja make up. Kelihatan kabel internet disediakan. Gelak di dalam hati. Nampaknya hanya mereka yang bawa laptop sahaja boleh menggunakan internet. Telefon? Kau carilah lubang mana nak cucuk kabel ini ye. Hihihi.... Hair dryer disediakan di tepi meja solek. Hmmm... Ok. DN menekan suis lampu di meja kerja, tidak menyala. RM220 untuk servis sebegini? Sabar sahaja lah. Nampaknya buat kerja tanpa cahaya mencukupi. DN buka lampu di ruang meja sebelah kiri TV. Ia merupakan pantry di mana di dalam laci almari tersebut terdapat peti ais mini dan complimentary coffee/tea serta kettle.



Bersebelahan dengan meja tadi terdapat almari pakaian yang tersedia dengan iron, iron board, peti besi, bantal entra dan penyangkut baju di dalamnya. Almari ini merupakan almari 1 pintu 2 ruang.
 
 Berdepan dengan almari pakaian tersebut merupakan pintu menuju ke bilik air. Terdapat bath tub di dalamnya serta ruang basin yang selesa untuk meletakkan kelengkapan barang mandi. Keseluruhannya, hotel ini biasa sahaja bagi DN. Harga yang ditawarkan agak mahal berbanding kualiti dan servis yang disediakan di sini. Apa yang DN suka di sini hanya 2 perkara iaitu terdapat gayung disediakan di dalam bilik air. Kalau ada disediakan selipar sekali lagi bagus.
 
Dan yang kedua adanya kipas di dalam bilik ini. DN memang tidak suka menggunakan aircond, memang sepanjang malam di sini DN tidur hanya dengan memasang kipas sahaja. Lain-lain, hotel kurang dari RM200 lebih baik dari hotel ini. Tetapi jika terdesak tiada tempat untuk menginap boleh pertimbangkan hotel ini seperti yang DN lakukan. Maklumat Pearl View Hotel Penang adalah seperti berikut :-

Pearl View Hotel Penang
Jalan Baru, Seberang Perai
13700 Butterworth, Penang
Malaysia

Tel: (604) 398 9888
 Fax: (604) 399 9810  
Email: reservation@pearlviewhotel.com.my

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles