Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Iftar Bersama Keluarga Denaihati Network di Laman Kayangan Shah Alam

$
0
0
Alhamdulillah...
Baru-baru ini DN ada menerima jemputan untuk turut sama memeriahkan iftar bersama keluarga Denaihati Network bertempat di Laman Kayangan, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Laman Kayangan menawarkan buffet Ramadhan berharga RM59 seorang.
Terima kasih kerana sudi menjemput DN untuk memeriahkan iftar kali ini. Sesungguhnya memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat pahala tanpa mengurangkan pahala puasa mereka. Syukur alhamdulillah atas rezeki ini. Walaupun kesihatan DN tidak berapa mengizinkan pada hari tersebut, dapat berkumpul bersama mereka membuatkan demam DN turut berkurang.
Beginilah suasana di dalam Laman Kayangan ini. Luas dengan susunan meja yang teratur di mana satu meja dapat memuatkan seramai 10 orang pengunjung. Lebih dari 1000 pengunjung dapat menikmati buka puasa di sini dalam satu-satu masa dan juga tempat solat turut disediakan. Tempatnya selesa dan makanan juga sedap-sedap belaka. Laman Kayangan menawarkan menu Malaysia kontemporari dengan pelbagai juadah istimewa seperti kambing panggang yang akan disediakan setiap hari.
Muka-muka ceria selepas makan. Elok-elok Kak Nora, tumpah air tu karang. Hee.... Video semasa iftar bersama keluarga Denaihati Network boleh dilihat di bawah ini.

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi DN ucapkan. Semoga semakin murah rezeki dan diberkati selalu hendaknya. Alhamdulillah...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles