.png)
Jumaat lepas DN diberi peluang untuk menonton filem terbaru Transformers : Age of Extinction (3D) bersama PETRONAS PRIMAX 95. Bertempat di IMAX TGV One Utama, tujuan tayangan istimewa ini adalah untuk menghargai pelanggan setia mereka di samping meraikan kejayaan pelancaran PETRONAS PRIMAX 95 terbaru dengan Advanced Energy Formula pada 26 Mei 2014 yang lepas.
Sebelum tayangan bermula pada jam 9 malam, PETRONAS PRIMAX 95 telah menjamu makan malam kepada semua hadirin yang hadir di samping melakukan beberapa aktiviti kuiz dan cabutan bertuah. Alhamdulillah, DN antara mereka yang bertuah pada malam tersebut apabila telah terpilih untuk menerima cabutan bertuah.
Sekitar jam 9 malam, kami semua memasuki IMAX Hall dan setiap dari kami diberi cermin mata 3D. Peertama kali DN memasuki IMAX Hall ini yang boleh memuatkan seramai 210 orang. Kami ditempatkan duduk di barisan tengah. Kami sangat teruja untuk menonton Transformers : Age of Extinction ini lebih-lebih lagi untuk menantikan aksi lawan mereka.
Selepas lebih 2 jam di dalam IMAX Hall, kami selesai menonton filem Transformers yang sangat dinantikan oleh orang ramai ini. Ada yang kata best, ada yang kata tidak.. Well, itu semua pendapat masing-masing. Bagi DN, filem ini masih seronok untuk ditonton walaupun ada beberapa ketika terdapat scene yang agak membosankan.
Terima kasih PETRONAS PRIMAX 95 kerana memberi peluang kepada DN untuk sama-sama terlibat dengan tayangan istimewa Transformers : Age of Extinction ini. Untuk maklumat lanjut, silalah layari PETRONAS PRIMAX 95 di :-
Facebook : PETRONAS Brands
Twitter : @Petronasbrands
Youtube : PETRONAS Brands
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom