Selamat berpuasa sahabat semua. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan keampunan, rahmat, doa, taubat, sabar, pembebasan dari api neraka dan bulan Al-Qur'an. Pastinya bulan ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa kita kepada satu tingkat keimanan dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Di dalam bulan Ramadhan ini, terdapat pelbagai pengisian boleh dilakukan selain daripada puasa wajib ini. Antaranya ialah :-
1. Solat Tarawih
2. Khatam Al-Qur'an
3. Doa
4. Sedekah
5.I'tikaf
6. Umrah
Jika tidak mampu untuk melakukan kesemuanya, lakukan semampunya. Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini akan mengingatkan kita kembali daripada kelalaian, kembali kepada Rabb dan seterusnya memperbaharui taubat kita.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom