Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Nikmati Sensasi Rasa Itali di Pizza Hut

$
0
0
Pizza Hut memang tidak asing lagi di Malaysia. Siapa yang tidak pernah mendengar tentangnya dan rata-rata penggemar pizza pasti pernah merasai pizza yang sedap ini. Pizza Hut mempunyai identiti dengan rasa tersendiri dan berbeza dengan pizza-pizza lain yang ada di pasaran. Oleh itu, tidak mustahil bagi Pizza Hut untuk terus berdiri teguh bagi menyediakan makanan dengan menu yang pelbagai dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Baru-baru ini Pizza Hut ada mempromosikan menu terbaru dengan slogan "Nikmati Sensasi Rasa Itali" di mana menu ini diinspirasikan dari keistimewaan masakan Itali. Tidak perlu ke Itali untuk menikmati pizza, penggemar masakan Itali pasti sukakannya kerana pizza dan juga pasta di Pizza Hut menampilkan penggunaan keju Itali istimewa, doh yang diuli tangan dan inti dari bahan-bahan segar berkualiti. Pizza Hut memperkenalkan citarasa yang enak untuk penggemar ayam, daging dan juga pasta.

Jika makan di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi "Nikmati Sensasi Rasa Itali" dalam dua jenis set iaitu:-
1. Signature Course - 1 pilihan pizza, 1 pilihan pasta, 1 Bruschetta Italiano dan 2 gelas Pepsi. RM32.90 (jimat RM15.20) 
2. Ultimate Course - 2 pilihan pizza, 1 pilihan pasta, 1 Mama Mia Meatballs dan 1 jag Pepsi. RM59.90 (jimat RM26.50)
 
Pilihan pizza dan pasta "Nikmati Sensasi Rasa Itali"Pizza Hut adalah seperti berikut :-

A. Florentine Chicken Pizza - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, ayam yang diperap, serbuk lada merah, hirisan labu, sos pesto, zaitun dan daun ketumbar yang dicincang. (ala carte RM24.90)

B. Tuscan Beef Pizza - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, daging lembu stik yang diperap, daging lembu peperoni, tomato ceri dan sos tomato.(ala carte RM24.90)

C. Romano Chicken Pizza - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, daging ayam, hirisan ayam yang digulung, serbuk lada merah, bawang kuning, sos tomato, bayam dan bawang putih. (ala carte RM24.90)

D. Mama Mia Meatballs - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, bebola daging ayam, sos Napoli, keju Itali, krim masakan, tomato ceri, zaitun dan daun ketumbar yang dicincang. (ala carte RM12.90 / add-on RM11.90)

E. Garlic Cream Fettuccine - fettucine berkrim dihidangkandengan ayam lembut, bawang putih panggang, bayam dan labu serta dihias dengan hirisan lemon. (ala carte RM14.90 / add-on RM13.90)

F. Italiano Bruschetta - roti bawang putih berkeju dibakar dengansos berkembar; sos tomato masam dan sos pesto lalu disajikan dengan salsa tomato. (ala carte RM3.90 / add-on RM3.00)

G. Pesto Chicken Spaghetti - spageti sos pesto, ayam lembut, tomato ceri, bawang yang dipanggang, bawang putih yang dicincang, serbuk lada merahcili kering dan daun ketumbar yang dicincang. (ala carte RM14.90 / add-on RM13.90)
 
Promosi "Nikmati Sensasi Rasa Itali" juga ditawarkan melalui khidmat penghantaran atau bawa pulang melalui pembelian Big Italia Box yang mengandungi 1 pilihan pizza Rasa Itali, 1 pilihan pasta Rasa Itali, 8 ketul Bruschetta Italiano, 4 ketul drummet New Orleans dan 2 mangkuk sup harian dengan harga RM49.90 (jimat RM13.17). 
 
Menu promosi "Nikmati Sensasi Rasa Itali" juga ditawarkan melalui Pair Deals dimana pelanggan boleh membeli 2 pizza saiz biasa yang terdiri daripada pilihan 1 pizza Rasa Itali dan 1 pilihan Family Favourites Traditional pizza pada harga RM34.90 (jimat RM11.80).
 DN dan rakan blogger lain berpeluang merasai sendiri menu baru "Nikmati Sensasi Rasa Itali" dari Pizza Hut ini. Pizza dan pasta disini ternyata berbeza rasanya dengan kebiasaan pizza yang dikeluarkan oleh Pizza Hut. Jika ingin merasai pizza atau pasta yang berbeza dihasilkan oleh Pizza Hut dengan rasa Itali, boleh datang ke Pizza Hut berhampiran anda. 
 
Hashtag : #pizzahutmalaysia #TasteOfItaly

*****************************

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles