Ada Part 2 pula? Hihi... Perkongsian restoran makanan halal yang pernah DN jejaki sebelum ini boleh dibaca disini :-
Kali ini DN ingin kongsikan tempat makan yang lain selain daripada apa yang ada dalam entry di atas.
(Vietnamese and Malaysian Cuisine)
96A Nam Ky Khoi Nghia,
Dist 1, HCMC, Vietnam
Tel : (08).6291.3058
Website : www.halalsaigongreenhouse.com
Email : saigongreenhouse@gmail.com
Menariknya, untuk ke Restoran Saigon Green House ini kita perlu melalui kedai kain dan pakaian wanita ini. Kemudian, perlu menaiki lif menuju ke tingkat 1. Walaupun nampak agak sukar untuk mengesan lokasi restoran ini, pengunjung yang datang makan di sini tetap ramai. Restoran Saigon Green House dibuka dari jam 7.00am - 10.00pm setiap hari.
DN tunjuk gambar menu makan malam DN semasa di sana. Besar lagi. Puas hati tengok makanan kan. Hee.... Masakan mereka sedap-sedap belaka tetapi disebabkan keletihan kerana perjalanan yang panjang menaiki bas Phnom Penh - Saigon, tekak ini hanya mampu makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.
Restoran kedua yang DN ingin kongsikan terletak di Hotel An Tam. Ia dikenali sebagai Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines. Disebabkan DN menginap di sana, penginapan DN termasuk pakej sarapan pagi. Senang, tidak perlu keluar awal pagi untuk mencari sarapan pagi.
Restoran ini terletak di Tingkat 1 Hotel An Tam. Pilihan menu sarapan pagi juga banyak dan menariknya, Jalan-jalan Cari Makan TV3 juga mencadangkan Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines ini jika berkunjung ke Ho Chi Minh City.
Inilah sarapan pagi DN. Roti French, telur dan teh tarik. Maklumat Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines adalah seperti berikut :-
22, Nguyen An Ninh,
Ben Thanh Ward, Dist. 1, HCMC
Tel : 08-38271232
Fax : 08-38271233
Email : salimarestaurant@gmail.com
Website : www.salimarestaurant.com.vn
Restoran ketiga yang dikenali sebagai Muslim Halal terletak jauh dari Ben Thanh Market. Walaupun begitu, ia terletak di dalam perkarangan Masjid Cho Lon. Sementara menunggu makanan, pengunjung boleh menunaikan solat apabila sudah masuk waktu. Memang satu idea yang sangat bagus dan harus dicontohi. Orang yang datang makan disini juga ramai. Semasa DN tiba disini, tiada meja kosong kerana semua meja penuh maka solat dahulu, baru tunggu meja untuk makan.
Selepas hampir 2 jam menunggu, makanan pun sampai. Tidak jemu menunggu di sini kerana selain solat di masjid, kemudahan wifi percuma turut disediakan. Maklumat Muslim Halal adalah seperti berikut :-
Muslim Halal
641 Nguyen Trai,
Phuong 11, Quan 5, HCMC
No Tel : (083)9508661
Selain daripada singgah di restoran halal yang terdapat sekitar Ho Chi Minh City, jangan lupa untuk mencuba Kopi Halal ini. Terdapat banyak air kopi bergerak ini terutama sekitar Ben Thanh Market. Rasanya yang sedap pasti membuatkan mereka akan mendapatkannya lagi setiap kali terlihat motor Kopi Halal ini.
Cukuplah setakat ini perkongsian DN. Jika DN berpeluang ke sana lagi, DN akan kongsikan tempat-tempat makanan halal lain pula.
Cukuplah setakat ini perkongsian DN. Jika DN berpeluang ke sana lagi, DN akan kongsikan tempat-tempat makanan halal lain pula.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom