
Filem Sniper ini di bawah pengarahan pengarah muda yang tidak asing lagi iaitu saudara Pierre Andre. Memilih filem bergenre aksi sebagai taruhan, penghasilan filem ini menjadi sejarah baru kerana ia memaparkan filem sniper pertama di Malaysia. Filem Sniper menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar sesuai dengan slogan MIG iaitu "Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan". Turut sama menjayakan filem ini adalah Mikail Andre, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati. ![]()
Sniper mengisahkan tentang satu permainan yang telah dicipta oleh seorang lelaki misteri. Lelaki ini akan menculik mangsanya dan meninggalkan mereka dengan hanya berbekalkan sepucuk sniper serta telefon. Lelaki misteri ini akan memberi arahan melalui telefon tentang apa yang perlu dilakukan dalam permainan ini. Rafi (Fadlan Hazim), Ahmad (Mikael Andre) dan Jim (Pablo Amir) telah terlibat di dalam permainan yang kejam ini. Mereka terpaksa melakukannya demi menyelamatkan nyawa mereka dan orang yang mereka sayangi. Dalam kemelut yang melanda mereka, Harlina (Nina Iskandar) telah diculik dan dijadikan tebusan di dalam permainan ini.
Siapakah lelaki misteri itu? Adakah mereka berjaya menyelamatkan nyawa mereka dan orang yang mereka sayangi? Apakah sebenarnya permainan yang terpaksa mereka lakukan? Segalanya terjawab dengan menonton filem Sniper ini. Filem ini sudah berada di pawagam bermula 24 April 2014. Antara aksi-aksi di dalam filem Sniper adalah seperti berikut :-
Pendapat DN, filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Walaupun menampilkan wajah-wajah baru di dalam dunia perfileman, ternyata mereka cuba memberikan aksi yang terbaik. walaubagaimanapun, ada sekali dua aksi kaku mereka membuatkan kami yang menontonnya tergelak dan ternyata bakat mereka masih boleh digilap. Berdebar juga melihat mereka melakukan aksi tembak-menembak ini. DN berikan kredit kepada Pablo Amirul kerana walaupun masih baru, aksi beliau sangat memberansangkan. Tahniah! DN berikan 3.5/5 untuk filem ini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom