Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Solo... Jumpa esok! :)

$
0
0
Yeayyyy!!! Tak sabar hendak balik kampung. Sejak bila kampung DN di Solo? Hmm... Sejujurnya DN sukakan suasana dan persekitaran di sini. Mungkin kesemua mereka berbahasa Jawa, maka DN terasa seperti balik kampung. Perasaan rindu DN akhirnya terubat jua. Jumpa esok Solo! ^_^
 Rindu hendak makan bakso di Bakso Alex ini...
Rindu hendak bersiar-siar di Jalan Slamet Riyadi ini...
Rindu juga hendak memanjakan diri di In Balance Spa ini. Adakah harganya masih sama? Harapnya begitulah ye...
Disebabkan DN ke Solo pada hari biasa, DN tidak dapat berbasikal bersama mereka. Ini kerana Jalan Slamet Riyadi akan ditutup pada hari Ahad sehingga jam 11 pagi untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti berjalan kaki, berbasikal dan jogging. Sobsob.. Nanti DN datang lagi di hujung minggu ye...

Doakan keselamatan DN sepanjang di Solo. Doakan DN bertemu jodoh di sana. Errrkkk! Jauh tu nak ajak korang datang kenduri nanti. Keh3! Nanti DN bawa balik ole-ole untuk pengomen tegar blog DN... ^_^


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles