Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Menziarahi Sekolah Dubai Stoeng Kampung Cham Kemboja

$
0
0
  Bergerak meninggalkan Tanah Waqaf, kami berhenti solat di Masjid Dubai Stoeng, Kampung Cham, Kemboja. Selesai solat, kami menziarahi Sekolah Dubai Stoeng Kampung Cham yang terletak tidak jauh dari masjid. Ia perlu masuk ke dalam melalui rumah-rumah kayu penduduk Kampung Cham ini sebelum sampai ke sekolah tersebut.
 Setelah hampir 10 minit melalui rumah-rumah dan sungai, akhirnya kami tiba di Sekolah Dubai Stoeng. Sekolah satu tingkat ini hanya mempunyai 2 buah kelas sahaja. Di hadapan sekolah ini terdapat padang yang luas untuk mereka bermain.
 Beginilah keadaan pelajar-pelajar di dalam kelas ini. Mereka tidak mempunyai pakaian seragam dan bercampur lelaki serta perempuan tanpa mengira usia. Comel-comel kanak-kanak di sini kan. Rakan blogger DN mengagihkan sumbangan rakan-rakan dari Malaysia kepada mereka dan kelihatan mereka sangat gembira menerima kehadiran kami semua.
 Sebelum meninggalkan kanak-kanak ini, kami bergambar kenangan bersama rombongan Jejak Rehlah dan Dakwah Mujahadah. Sekitar 80 orang kanak-kanak berada di sekolah ini. Walaupun tidak ramai, semangat mereka untuk belajar harus dipuji. Semoga kehidupan mereka akan berubah kelak dan menjadi anak yang soleh solehah.
 Selepas 30 minit berada di sini, kami meninggalkan Sekolah Dubai Stoeng dan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Dijangkakan tiba di Phnom Penh sekitar jam 7.30 malam. Maka, kami tidak dapat menaiki bas untuk menuju ke Ho Chi Minh City pada hari yang sama. Kami bermalam di Holiday Villa Hotel Phnom Penh untuk satu malam lagi. 

5.30 pagi - 7.30 malam... Pengalaman selama 14 jam perjalanan yang memenatkan tetapi sangat mengujakan. Tidak semua orang berpeluang merasai pengalaman sebegini dan DN sangat-sangat menghargainya. Tiba di Holiday Villa Hotel Phnom Penh, kami check-in dan keluar makan malam bersama seseorang yang sangat istimewa. Beliau teruja untuk makan bersama blogger dan kami sangat terharu mendengarnya. Siapakah beliau yang DN maksudkan? Tunggu entry DN selanjutnya. Adakah ia merupakan entry terakhir DN di Cambodia? Hmm... Baca je lah kalau ada lagi ye. Hehehe... :p

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom


Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles