Ada gaya macam model Delicious tak? Hahaha... :p Seperti ramai sedia maklum, DN terpilih untuk mengikuti Sunsilk Good Time Events yang diadakan di Delicious, One Utama. Satu Delicious telah ditempah oleh Sunsilk untuk merealisasikan inpian kami. Yang paling best, DN boleh membawa seorang teman wanita dan pastinya housemate menjadi peneman setia DN. PA lah katakan. Hiks!
Sampai sahaja di Delicious dan selepas mendaftarkan diri, kami diberi t-shirt Sunsilk dan perlu menukar pakaian kami. Bertukar! Kami sudah menjadi kuning. Hee... Selesai taklimat, bermulalah aktiviti Sunsilk merealisasikan impian kami.
Aktiviti pertama kami adalah perlu bershopping di Tangs. Kami diberi voucher RM1,500 maka DN mendapat RM750, begitu juga dengan housemate DN. Best kan jadi PA DN. Dapat shopping sama-sama. Weee! Kami diberi masa untuk bershopping selama 1 jam. Voucher juga valid untuk hari itu sahaja jadi grab je lah apa yang kami suka. Hee....
Selesai aktiviti bershopping di Tangs, aktiviti kedua adalah hair treatment di Michael & Guys Hair Salon. Hair treatment ini keseluruhannya menggunakan produk Sunsilk. DN telah diberi treatment dengan menggunakan produk kegemaran DN iaitu Silky Smooth and Manageable. Terbaik!
Selesai hair treatment, kami kembali ke Delicious untuk menikmati High Tea. Sambil menikmati High Tea, sambil menunggu keputusan pemenang utama Sunsilk Good Time. Ng Joanne telah dipilih sebagai pemenang apabila mendapat jumlah vote yang tertinggi. Kami semua tak pasti betul ke beliau mendapat yang tertinggi sebab berapa jumlah tertinggi yang beliau dapat kami semua tidak dapat melihatnya. Jadi kami terima sahaja lah siapa sebagai pemenang. Tahniah kepada Ng Joanne kerana memenangi hadiah utama worth RM15,000.
DN juga mengambil bahagian di dalam pengundian pemenang utama ini. DN telah menghantar 3 gambar seperti di atas tetapi DN hanya dapat melihat gambar semasa DN sedang bershopping sahaja. Gambar lain, walaupun sudah di email kepada pihak penganjur Sunsilk, tetap DN tidak dapat melihatnya. Kawan-kawan DN pun complain gambar kedua DN tiada walau telah diberi link untuk vote. Hmm... Entah lah. Malas nak complain dah sebab bukan DN seorang sahaja yang kena, ramai lagi yang dah hantar email tetap gambar tidak keluar.
Dan tidak disangka gambar bershopping DN itu telah menjadi antara top 2 yang di vote oleh rakan-rakan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi vote untuk DN. Memang tidak meriah hidup ini jika tiada rakan-rakan yang supportive macam kalian kan. DN rasa terharu dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan kalian semua walaupun DN tidak menang. Love you all always.. :)
Walaupun tidak menjadi pemenang utama, dapat bershopping, menerima hair treatment & high tea sebegini sudah cukup menggembirakan kami. Tengok lah hasil tangkapan kami di Tangs tu. Banyak kan! DN memilih baju, kasut & accessories manakala housemate pula memilih handbag, kasut dan purse.
DN tahu, ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan sepanjang event ini berlangsung. Goodies bag dari Sunsilk hanya media sahaja yang terima. Itu belum lagi dengan bateri phone kalian dah flat kerana tidak dimaklumkan awal tentang vote ini, lokasi Delicious yang tidak mendapat coverage yang baik untuk meraih vote, jumlah vote setiap individu tidak dapat dilihat dan macam-macam lagi. Tapi bagi DN, dapat melakukan aktiviti selain daripada bekerja dan diraikan sebegini sudah cukup menggembirakan DN. Bersyukurlah kita sudah terpilih sebagai pemenang dan diraikan sebegini. Semoga event-event Sunsilk yang akan datang lebih baik dari ini. Peace!