Aktiviti malam di Siem Reap, pastinya membeli belah di Angkor Night Market menjadi pilihan. Lokasi hotel penginapan DN yang tidak jauh dari sini membolehkan DN hanya berjalan kaki sahaja untuk menikmati suasana malam di Siem Reap sambil bershopping. Walaupun begitu, Angkor Night Market ini tutup pada jam 11 malam. Oleh itu, DN perlu turun lebih awal untuk membeli belah di sini.
Terdapat pelbagai pilihan barangan di Angkor Night Market ini. Antaranya adalah kain sutera, baju, seluar, bag, cenderahati, ukiran batu, ukiran kayu dan lukisan. Barang-barang di sini boleh tawar-menawar sehingga mendapat harga yang diinginkan. DN hanya membelanjakan USD 10 semasa bershopping di sini. DN dapat membeli seluar, scarf dan fridge magnet untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sangat berbaloi membeli belah di sini.
Selain daripada pelbagai pub dan kedai makan, di Angkor Night Market juga terdapat tempat untuk urut kaki dan badan dengan harga yang sangat murah. Dari serendah USD 1, pengunjung yang datang ke sini boleh mendapatkan perkhidmatan urut kaki. Menarik tawaran yang diberikan tetapi DN tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana kelihatan tiada tempat yang lebih privacy. Segalanya terbuka dan mereka yang lalu lalang boleh melihat kita.
Makanan yang pelik-pelik juga senang didapati di sini. Katak, ulat, ular, cengkerik dan pelbagai makanan yang tidak terfikir oleh DN boleh dijadikan makanan dijual di sini. Kembang juga tekak ini apabila melihatnya tetapi mereka di sini makan kesemua makanan di atas. Gulp!
Selain dari membeli belah, DN juga memilih untuk bersiar-siar dengan menaiki tuk-tuk. Jika kalian ke Siem Reap, jangan lupa mendapatkan khidmat dari pemuda muslim bernama Tawi ini. Sekurang-kurangnya, secara tidak langsung kita membantu orang Muslim di Cambodia ini. Boleh email DN jika ingin mendapatkan no. telefon Tawi. DN dengan senang hati akan memberikannya kepada mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau.
Rakan blogger lain juga turut membeli belah di Angkor Night Market ini. Apa yang dibeli oleh mereka ye? Heee....
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom