Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Review Filem : Jangan Pandang Belakang Boleh?

$
0
0
 "Jangan Pandang Belakang Boleh?" merupakan filem ke-89 bergenre komedi seram. Ia diparodikan daripada filem asal "Jangan Pandang Belakang" yang pernah menjadi fenomena industri filem tempatan dengan kutipan mencecah RM6.5 juta pada tahun 2007. Filem "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di bawah pengarahan Ismail 'Bob' Hasim menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.
Filem "Jangan Pandang Belakang Boleh?" mengisahkan tentang teman wanita Dharma (Zalif Sidek), Rose (Adibah Yunos) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri (Shima Anuar) tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose.
 Namun ketika pencarian itu, Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik. Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus. Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra (Epy Kodiang) tetapi mereka tidak mempercayainya.  Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya. Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung.
Siapakah makhluk yang sering mengganggu dirinya? Dapatkah Dharma dan Seri mencari punca sebenar kematian Rose? Adakah Dharma berjaya melepaskan diri dari gangguan yang sering menghantui dirinya? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di pawagam pada 31 Januari 2014.
 Pendapat peribadi DN, filem ini sangat menghiburkan dan tidak seperti cerita seram lain. Mereka yang takut untuk menonton filem seram, boleh menonton filem ini kerana belum sempat hendak merasai keseraman tersebut, pasti sudah ketawa melihat telatah dan reaksi pelakon-pelakon berbakat ini. Kehadiran artis berpengalaman di dalam filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin menjadikan filem ini lebih menyeronokkan. Setiap saat mata ini seperti tidak mahu dilepaskan atau dialihkan daripada melihat aksi-aksi menghiburkan mereka. DN berikan 4.5/5 untuk filem bergenre komedi seram ini.
Saksikan di pawagam bermula 30 Januari 2014 ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles