Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh

$
0
0
 DN mengambil masa yang lama untuk menulis entry ini. Lebih-lebih lagi untuk memasukkan gambar di sini. Buka folder gambar, tutup balik. Banyak kali DN buat begitu kerana tidak sanggup untuk melihat dan mengingat kembali apa yang DN pernah lihat. Apapun, kepada mereka yang berani dan ingin melihat apa yang ada di Tuol Sleng Genocide Museum ini, boleh baca sehingga habis entry ini.
 Tuol Sleng Genocide Museum telah dibuka pada 19 Ogos 1979 selepas bermulanya tuntutan tribunal terhadap perlaksanaan Demokratik Kampuchea dan selepas Perang Cambodia-Vietnam. Tuol Sleng Genocide Museum dahulunya merupakan Pejabat Keselamatan 21 atau lebih dikenali sebagai S-21 yang diwujudkan atas arahan Pol Pot (Sa Lut Sor). Pada 17 April 1975, S-21 telah direkabentuk sebagai tempat penahanan, soal siasat, penganiayaan kejam dan membunuh setelah pengakuan dari orang-orang tahanan diterima dan didokumenkan.
Sebelum Pol Pot menjadikan tempat ini sebagai S-21, ia merupakan tapak Sekolah Rendah Tuol Sleng dan Sekolah Menengah Tuol Svay Prey. Pada 7 Januari 1979 iaitu selepas kejatuhan Khmer Rouge di bawah kekuasaan Pol Pot, pihak kerajaan telah mengumpul segala bukti kekejaman di S-21 seperti gambar, filem, arkib pengakuan banduan, alat-alat penganiayaan dan 14 mayat mangsa (seorang daripadanya adalah perempuan). Kini segala bukti keganasan rejim Khmer Rouge dipertontonkan kepada rakyat Cambodia dan pelancong asing. S-21 dibahagikan kepada 4 bangunan iaitu Bangunan 'A', 'B', 'C' dan 'D'.
Gambar di atas merupakan bilik di Bangunan 'A' di mana pada tahun 1977-1978, Bangunan A telah diubahsuai menjadi bilik bersaiz 6 x 4 meter setiap satu. Tingkap pula berpanel dengan gelas untuk mengurangkan bunyi suara mangsa tahanan daripada didengari dari luar apabila sesi penganiayaan kejam sedang dilakukan.Mereka yang diletakkan di bilik ini adalah mangsa yang telah dituduh mengetuai pemberontakan terhadap revolusi Pol Pot. Bilik ini telah dibekalkan dengan sebuah katil, selimut, kusyen dan tikar. Baldi besi atau satu bekas air plastik disediakan untuk mereka membuang air di sini.


Bangunan 'B', 'C' dan 'D' diubahsuai berbeza dengan bangunan 'A'. Tingkat bawah dijadikan bilik tahanan kecil individu bersaiz 0.8 x 2 meter yang diperbuat daripada dinding batu, manakala tingkat satu dan dua dijadikan bilik tahanan yang lebih besar dimana mangsa ditahan dalam kumpulan. Bangunan ini dilindungi dengan jaring kawat berduri bagi mencegah banduan-banduan dari membunuh diri dengan terjun ke bawah.


Satu tiang kayu di atas sebelum dijadikan S-21 telah digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah sebagai pendidikan jasmani. Walaubagaimanapun, ia telah bertukar menjadi mesin soal siasat dan penganiayaan. Penyoal siasat akan mengikat kedua-dua belah tangan banduan di belakang mereka dan mengangkat banduan menyongsang. Tindakan ini dilakukan berulang kali sehingga banduan hilang kesedaran / pengsan. Kemudian, penyoal siasat akan mengangkat mangsa dan merendam kepala banduan ke dalam satu tong air kotor bertujuan untuk mengejutkan mangsa kembali. Apabila mangsa sudah sedar, mereka terus-terusan akan disoal siasat sehingga pengakuan dibuat.

Kubur yang boleh dilihat di atas merupakan kubur 14 mayat mangsa (seorang wanita) yang telah ditemui oleh Barisan Keselamatan Negara Kampuchea (UFNSK) pada 7 Januari 1979.Mayat tersebut tidak dapat dikenalpasti disebabkan keadaannya yang teruk dan mereka telah dikebumikan di depan Bangunan 'A'. 14 mayat (seorang wanita) adalah mangsa terakhir yang telah diseksa dan dibunuh oleh kakitangan S-21 sebelum mereka melarikan diri.
Gambar-gambar di atas adalah gambar mangsa, tengkorak mangsa dan alat-alat penganiayaan yang telah dikumpulkan oleh UFNSK pada 7 Januari 1979. Pol Pot mengarahkan semua mangsa tahanan perlu diambil gambar apabila mereka ditahan di S-21 dan apabila mereka telah dibunuh, gambar mangsa akan diambil sekali lagi. Begitulah bukti kekejaman yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan di bawah rejim Khmer Rouge diketuai oleh Pol Pot.

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah sehingga akhir hayat kita.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles