Hari kedua di Phnom Penh, pagi-pagi lagi sudah turun di lobby Holiday Villa Hotel. Destinasi pertama kami adalah... Shopping!!! Sebelum pergi shopping, kita sarapan dulu ye....
Tengah sarapan pun sempat tangkap gambar kan. Apa guna ada telefon berkamera tapi tidak tangkap gambar. Betul tak? Ok, selesai sarapan, kita jalan kaki ke Central Market. Tidak jauh pun dari Holiday Villa Hotel. 5 minit berjalan kaki sahaja cuma perlu berhati-hati, lebih-lebih lagi ketika melintas jalan besar.
![]() |
www.tourismcambodia.com |
Inilah Central Market Phnom Penh Cambodia. Ia juga dikenali sebagai Phsar Thmei. Nampak dari luar besar kan tempat ini. Memang besar dan disini dijual pelbagai barangan kering serta basah.
DN hanya pergi ke tempat menjual barangan kering seperti baju dan pelbagai cenderahati. Di sini segala urusan jual beli menggunakan mata wang USD. Oleh itu jika ke Cambodia, jangan lupa membawa USD berlebihan jika mahu shopping dengan banyak. Tetapi DN tidak membawa banyak USD pun. Cukup lah membeli sedikit cenderahati untuk pengomen tegar blog DN.
Nanti pengomen tegar blog DN akan dapat t-shirt ini lah. Iye ke? Mungkin. Hehehe... Selepas kurang 2 jam di Central Market, selesai kami bershopping di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Museum Tuol Sleng pula. Errmm... Sedih hendak berkongsi cerita di Museum Tuol Sleng. Tapi itulah, untuk pembaca semua... DN akan cuba berkongsi semampu DN nanti.