Selesai di Cambodia Islamic Centre (CIC), DN dibawa menziarahi Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS) pula. Ia merupakan sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar Muslim perempuan. Tidak jauh dari Cambodian Islamic Centre (CIC).
Inilah pelajar-pelajar yang menuntut di NICS. Comel-comel belaka mereka kan. Kelihatan mereka semua memakai pakaian seragam sekolah sama seperti pelajar di Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang prihatin memberikan pakaian sekolah ini kepada mereka. Pastinya mereka yang prihatin itu adalah warga Malaysia.
![]()
DN dimaklumkan pelajar yang menuntut di NICS ini adalah seramai 400++ orang. Di bahagian bawah inilah kelas mereka dan kelihatan lebih bersih dan kemas berbanding kelas-kelas di CIC. Mungkin kerana NICS menempatkan pelajar perempuan, sebab itu keadaan kelas mereka lebih bersih dan kemas. Kini pembinaan sedang giat dijalankan di tingkat atas kelas tersebut bagi menempatkan dewan dan pejabat pengurusan NICS.
Jika diperhatikan di hujung laluan ini, kelihatan Sungai Mekong yang sangat besar. Memang suasana dari NICS sangat cantik dengan pemandangan sungai serta angin yang menyegarkan.
Walaupun begitu, pemandangan yang cantik ini tercemar dengan sampah sarap merata-rata. Amat menyedihkan apabila melihat mereka bermain di samping sampah di sekeliling mereka manakala orang tua mereka keluar menaiki sampan untuk mencari rezeki. Tetapi beginilah suasana di sini dan mereka sudah biasa dengan keadaan begini. Dalam hati DN, apalah nasib mereka kelak. Mungkin mereka semuanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Syukur DN dilahirkan di bumi Malaysia.
Apabila malam menjelma iaitu sekitar jam 6 petang, kami dijamu makan malam oleh pihak NICS. Makan malam berupa Nasi Daging dan buah-buahan tempatan. Semua DN boleh makan tetapi pisang yang kelihatan masih mentah tidak terusik oleh kami semua. Mereka di sini makan pisang berwarna hijau tetapi kita biasanya tunggu masak baru makan. Bagaimana rasanya makan pisang yang masih mentah, DN tidak pasti pula. Hee...
Sekitar jam 7 malam, kami meninggalkan NICS. Kami datang menziarahi mereka selang beberapa hari kemudian. Mereka di sini sangat ramah dan mesra dengan tetamu yang hadir. Seronok semasa berada di sini. Jika ada peluang, DN ingin menziarahi mereka lagi.
Sekitar jam 7 malam, kami meninggalkan NICS. Kami datang menziarahi mereka selang beberapa hari kemudian. Mereka di sini sangat ramah dan mesra dengan tetamu yang hadir. Seronok semasa berada di sini. Jika ada peluang, DN ingin menziarahi mereka lagi.