Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Holiday Villa Hotel Phnom Penh Cambodia

$
0
0
Semasa di Phnom Penh, DN telah menginap di Holiday Villa Hotel. Hotel ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang dimiliki oleh warganegara Malaysia. Oleh itu, tidak ada sebarang masalah untuk makan di sini dan switch socket outlet (S/S/O) disini merupakan plug 3 pin. Siap ada sticker SIRIM lagi sebagai bukti S/S/O ini dibawa khas dari Malaysia maka, tidak perlu menggunakan adapter semasa di sini. 
Holiday Villa Hotel Phnom Penh
89 Monivong Boulevard, Sangkat Monorom Khan, 7 Makara,
Phnom Penh, The Royal Kingdom of Cambodia.
(Postal Address: P.O. Box 2208, Phnom Penh 3, Cambodia)
Tel: (855-23) 990 888
Fax: (855-23) 990 999
Email : monoromsales@camnet.com.kh
DN ditempatkan di bilik Superior Twin yang berharga RM108.92 semalam. Bilik yang mempunyai 2 katil ini turut dilengkapi dengan meja kecil di sisi katil serta ruang untuk santai yang mempunyai meja kecil serta 2 buah kerusi.
Berhadapan dengan katil tersebut terdapat meja solek, pantry di sebelah kanan meja solek dengan peti ais mini di bawahnya serta meja yang diletakkan dengan LCD TV di sebelah kiri meja solek. Arah kiblat diletakkan di dalam laci meja solek tersebut.
Berhampiran dengan pintu masuk, terdapat almari pakaian yang dilengkapi dengan penyangkut baju, peti keselamatan serta selipar.
Bilik air pula dilengkapi dengan basin yang mempunyai ruang meletak barang mandi disekelilingnya. Bersebelahan dengan basin adalah bath tub dengan tabir putih manakala berhadapan dengan bath tub terdapat tandas. Penyidai tuala diletakkan di atas tandas tersebut.

Inilah serba ringkas mengenai bilik yang DN duduki semasa berada di Phnom Penh, Cambodia. Free wifi hanya di lobby hotel sahaja. Jika ingin menggunakan wifi di dalam bilik, perlu membayar USD5 di reception counter.

Lokasi boleh merujuk http://www.holidayvillaphnompenh.com/googlemap.htm. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh ke website Holiday Villa Hotel Phnom Penh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles