Hi semua! DN kembali untuk bercerita kisah travelog DN. Kali ini DN ke Ho Chi Minh City. Mungkin ramai yang kerapkali ke sini dan DN baru menjejakkan kaki ke sini untuk mengetahui kenapa ramai orang Malaysia datang ke mari.
Sampai sahaja di Tan Son Nhat Airport, DN mengambil teksi Satsco ini untuk membawa DN ke hotel. Teksi yang DN ambil ini berharga 270,000d. Matawang disini adalah Vietnamese Dong. 1 Vietnamese Dong sekitar RM0.00015. Hmm... Tidak terlalu mahal rasanya untuk menggunakan khidmat airport transfer ini. Balik nanti DN akan menggunakan khidmat teksi yang sama.
Dari dalam teksi, DN melihat persekitaran Ho Chi Minh City ini. Suasana di sini tidak jauh berbeza dengan di Malaysia. Ada bangunan tinggi-tinggi juga cuma DN perhatikan jalan di sini banyak yang one way.
Terselit juga beberapa bangunan yang unik di Ho Chi Minh City ini. Jam tetap ada di mana-mana tetapi tidak seteruk di China. Cuma, cara pemanduan di sini agak berbeza dan berhati-hati jika ingin melintas jalan kerana mereka yang menunggang motosikal memandu dengan suka hati.
Di sini terdapat laluan motosikal yang besar. Kebanyakan mereka yang menunggang motosikal akan memakai mask muka. Ketika musim hujan pula, mereka mempunyai baju hujan yang dapat menutup motor sekali. Orang dan motor kedua-duanya tidak kena hujan. Memang unik dan pertama kali DN melihat baju hujan sebegitu.
DN tidak membuat apa-apa perancangan semasa ke sini. Hanya lebih kepada ingin mengetahui apa yang menariknya di Ho Chi Minh City ini. Orang kata shopping di sini lebih murah berbanding Indonesia? Betul ke? Sebab itu DN ingin melihat dengan mata kepala sendiri. Oleh itu, DN memilih untuk menginap berhampiran dengan Ben Thanh Market (Cho Ben Thanh).
Selepas ini DN akan kongsikan tempat penginapan DN pula. Memang jalan kaki tidak sampai 2 minit sudah sampai Ben Thanh Market. Tunggu.... :)