Kali ini DN ingin berkongsi pengalaman DN ke Singapore dengan menaiki kapal terbang. DN sampai di Cangi Airport sekitar 9.35am apabila menaiki kapal terbang jam 8.30am dari LCCT.
Selepas melepasi kastam, DN terus menuju ke train mengikut tanda arah "Train to City". Tanda arah tersebut membawa DN ke "Skytrain to T3". Apabila turun di T3, terus mengikut tanda arah "MRT". DN mengambil MRT untuk menuju ke HarbourFront.
Cangi Airport - Outram Park (Tukar Train) - HabourFront
Sampai di Habourfront, DN ke Universal Studio Singapore (USS) untuk kali ke berapa, DN pun tak ingat dah. Heee... Kisah-kisah DN di Singapore sebelum ini boleh baca disini.
Lepas membayar SGD75, masuk lah DN ke USS. Tempat pertama yang DN tuju adalah di Mel's Drive In. Lapar ni... Isi perut dulu ye sebelum bermain permainan yang ada di USS ini.
Sebelum itu, simpan dulu bag di locker yang terdapat di sini. Ada locker bersaiz kecil yang berharga SGD2 sejam manakala bersaiz besar pula SGD4 sejam. Boleh bayar menggunakan EZLink Card juga di bilik locker ini. Selesai simpan bag, baru lah selesa untuk bermain di USS ini.
Macam-macam ada di USS ini. DN pernah kongsikan pengalaman kedua DN di USS disini. Selepas hampir 4 jam di USS, DN menaiki Sentosa Express ke Imbiah Station dan Beach Station. Di Imbiah Station, DN tidak berhenti turun kerana kelihatan hanya seperti taman permainan sahaja. Oleh itu, DN terus ke Beach Station.
Sampai sahaja di Beach Station, terdapat dua tempat yang boleh dikunjungi iaitu Palawan Beach dan Siloso Beach. DN memilih untuk ke Siloso Beach.
Beginilah suasana di Siloso Beach ini. Terdapat tempat untuk bersantai dan ada juga beberapa kedai yang menyediakan makanan halal di sini. Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal cuma harga di sini mahal sedikit berbanding makan di luar Sentosa Island. Jalan ke dalam lagi, terdapat pantai yang boleh pengunjung bermandi-manda. Apapun, sejujurnya dari pemerhatian DN, pantai di sini tidak dapat melawan pantai yang ada di Malaysia.
Di pantai ini juga tersedia Emerald Pavilion untuk bersantai dan melakukan aktiviti indoor. DN merehatkan diri di pavilion ini untuk seketika sambil memerhati gelagat mereka yang bermandi-manda di pantai ini. Melihat keliling yang dipenuhi dengan Beach Club, pasti suasana malam lebih meriah. Selain itu, terdapat Skyline Luge, go-cart, Indoor Sky Divine dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Keseluruhannya, DN lebih kepada memerhati sahaja kerana DN hendak check-in pula selepas ini. DN perlu meneruskan perjalanan ke Queen Street maka, sekitar jam 4 petang DN meninggalkan Sentosa Island ini. Selepas ini DN akan kongsikan penginapan DN pula. Nantikan update DN seterusnya...