Baru-baru ini DN telah bermesyuarat dengan seorang Hotel Consultant di mana beliau menyatakan bahawa untuk sesebuah hotel mencapai taraf 4 atau 5 bintang, perlu adanya spa di hotel tersebut. DN turut dimaklumkan bahawa salah satu projek beliau sebelum ini adalah di Thistle Port Dickson Resort. Wow! Pastinya beliau tidak akan mengecewakan pihak klien kami. Pengalaman DN menginap di Thistle Port Dickson Resort boleh baca disini. DN juga berpeluang menikmati spa yang diberi nama Santai Spa di Thistle Port Dickson Resort. Tidak hairan lah resort ini mencapai taraf 5 bintang. Ayuh DN membawa kalian semua melihat suasana di dalam spa ini.
![]()

Santai Spa terletak berhampiran dengan tempat letak kereta dan bersebelahan dengan golf course Thistle Port Dickson Resort. Ia tidak termasuk dengan harga pakej bilik. Oleh itu, jika ingin menggunakan khidmat spa ini, perlu bayar dengan harga yang berlainan. Walau bagaimanapun, setiap bulan pasti ada promosi yang menarik untuk mereka yang menginap di sini. Waktu operasi Santai Spa adalah seperti berikut :-
Isnin - Khamis : 9.30am - 9.00pm
Jumaat : 9.30am - 10.00pm
Sabtu : 8.00am - 10.00pm
Ahad : 8.00am - 7.00pm
(Tempahan awal adalah dikehendaki)
Isnin - Khamis : 9.30am - 9.00pm
Jumaat : 9.30am - 10.00pm
Sabtu : 8.00am - 10.00pm
Ahad : 8.00am - 7.00pm
(Tempahan awal adalah dikehendaki)
Masuk sahaja di dalam spa ini, DN dapat menghidu bauan aroma yang menyegarkan. Kemudian DN diberi minum teh panas untuk menyegarkan badan sebelum spa bermula. DN memilih Serenity Massage yang berharga RM180 untuk jangka masa 60 minit. Sebelum menukar pakaian, kita melihat-lihat dahulu bilik yang disediakan di Santai Spa ini.
Spa ini terbuka untuk lelaki dan perempuan. Terdapat bilik couple yang dilengkapi dengan tempat menyangkut pakaian dan jakuzi, juga bilik single untuk massage sahaja.
Sebelum DN masuk ke bilik massage, DN diberi kunci loker untuk meletak pakaian sedia ada dan tukar kepada pakaian yang disediakan di dalam loker yang diletakkan di bilik persalinan. Bilik persalinan ini dilengkapi dengan bilik mandi, toilet, basin, cermin besar dan hair dryer. Sangat kemas dan selesa untuk pengguna Santai Spa ini.
Selepas 60 minit, DN berpuas hati dengan khidmat massage di sini. Jika bercadang ke Thistle Port Dickson Resort, jangan lupa menempah khidmat spa di Santai Spa ini. Boleh hubungi mereka di talian 06-6482828 atau ext 2834.
Selepas 60 minit, DN berpuas hati dengan khidmat massage di sini. Jika bercadang ke Thistle Port Dickson Resort, jangan lupa menempah khidmat spa di Santai Spa ini. Boleh hubungi mereka di talian 06-6482828 atau ext 2834.