Salam Maal Hijrah.. Rasa lama DN tidak bercerita disini. Tiba-tiba semangat untuk menaip hilang. Hmmm... DN sedang mencari semangat yang hilang itu. Harap ianya tidak berlarutan. Sebab itu DN paksa diri untuk mulakan bercerita tentang aktiviti makan-makan bersama housemate.
Tiada yang istimewa untuk dikongsi bersama semua. Hanya ingin bercerita DN pertama kali makan di kedai Little Taiwan ini walaupun sudah banyak kali lalu di depan kedai ini. Kedai yang terletak di e@Curve Damansara dengan lokasi yang strategik sementara menanti wayang bermula di Cineleisure Damansara.
Housemate balik kerja dan lapar katanya jadi kami sepakat untuk makan di sini. Housemate memilih Spicy Hot Ramen RM10.90 manakala DN memilih Creamy Sweet Corn Pancake RM5.90.
Minuman pula DN telah memilih Crystal Magic Coffee RM8.90 manakala housemate memilih Cream Milk Mango with Pearl RM5.90.
Rata-rata makanan di sini ok sahaja bagi DN. Mungkin sebab DN tidak memilih maindish maka DN tidak dapat menilai makanan disini keseluruhannya.
Apapun, layan sahaja drama queen kami yang bosan menunggu makanan dan minuman yang agak lama untuk sampai, bosan menunggu wayang kami yang perlu menunggu hampir sejam lagi dan bosan melihat drama queen sebenar di kaunter yang sepertinya ingin makan free. Sebab kamu lah order kami lambat sampai. Huh...
Ok lah. Kalau rajin DN bercerita lagi ye. Daaa!!