Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Bersukaria di Trans Studio Bandung

$
0
0
Hi semua! Baru-baru ini DN berkesempatan untuk singgah bershopping di Bandung, Indonesia. Singgah macam dekat sahaja kan Bandung-Malaysia. Hehe... Semasa di sana, DN pergi lah ke Trans Studio Bandung ini. Memang sudah lama berhajat untuk ke sini tetapi hanya baru-baru ini DN dapat menjejakkan kaki ke sini. Jom ikut DN masuk ke Trans Studio Bandung ini.
Harga tiket tidak mahal pun. Isnin hingga Jumaat Rp. 150.000 manakala hujung minggu dan cuti umum Rp. 250.000. Lebih kurang RM50 (hari biasa) dan RM80 (hujung minggu). Macam harga masuk Sunway Lagoon sahaja kan. Tetapi di sini permainannya berbeza dengan Sunway Lagoon. Permainan di sini seperti di Universal Studio Singapore (USS) tetapi USS lebih mahal berganda-ganda dari Trans Studio Bandung ini. Pastinya USS lebih seronok tetapi di sini juga tidak kurang seronoknya.
Trans Studio Bandung merupakan indoor theme park kedua terbesar di Indonesia selepas Makassar. DN belum pernah ke Makassar jadi DN tidak dapat membuat perbandingan dengan theme park di sana. Tetapi DN yakin, permainan di sini lebih hebat dari di Makassar. Macam budak-budak kan pergi Bandung lepas itu ke sini. Peduli apa DN. Yang penting DN dapat bersukaria dengan senang hati.
Inilah permainan pertama yang DN main di sini. Sebelum masuk, akan diberi cermin mata 3D ini dan duduk di kerusi yang telah disediakan. Kita akan merasai animasi Super Heroes Marvels dalam 4D. Berhati-hati kerana ada percikan air sedikit dan pastikan jangan meletakkan barang yang boleh rosak atau cair apabila terkena air di atas riba anda.
Sebelum terlupa, permainan di dalam Trans Studio Bandung ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :-
1. Studio Central
2. Lost City
3. Magic Corner

Super Heroes ini terletak di Studio Central. Ada beberapa permainan lain di Studio Central seperti Yamaha Racing Coaster, Giant Swing, Trans City Theater, Transcar Racing, Indosat Vertigo Galaxy, Si Bolang - Bocah Petualang, Trans Broadcast Museum, Science Centre dan Dunia Anak. DN akui tidak semua permainan yang DN main di Studio Central ini. 

DN lebih berminat untuk ke Lost City yang mempunyai permainan seperti Jelajah, Kong Climb, Skypirates 'Zeppelin' dan Amphitheater. Paling best adalah Jelajah sehingga cair make-up DN dibuatnya apabila kenderaan yang DN duduki terjun dari ketinggian 13 meter dan menyebabkan air splash terkena DN. Basah DN dibuatnya tetapi itu bukan halangan kerana permainan ini sangat mengujakan.
Selesai di Lost City, DN ke Magic Corner. Permainan yang ada di sini adalah Negeri Raksasa, Dragon Riders, Pulau Liliput, Special Effect Action, Captain Black Hearts Pirate Ship dan Dunia Lain. Semasa DN hendak masuk ke Dunia Lain, boleh pula hantu-hantu ini keluar dari tempat persembunyian mereka. Konon-konon buat terkejut lah DN. Hihihi... Tetapi ada satu part semasa di dalam Dunia Lain, boleh pula budak kecik berlari ke arah kenderaan DN sambil ketawa. Memang berdebar juga DN dibuatnya. Huh...
Sebelum pulang, DN kembali ke Studio Central dan masuk ke Trans City Theater. Selepas hampir 3 jam di sini, selesai lah DN bersukaria di Trans Studio Bandung ini. Memang terasa seperti kembali ke zaman remaja tetapi sekali sekala bermain begini memang menyeronokkan. 

Jika kalian ke Bandung, jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung. Hanya memperuntukkan lebih kurang 3 jam, kalian dapat bermain permainan di sini keseluruhannya jika tidak perlu beratur panjang atau ramai pengunjung pada hari tersebut. Selamat bergembira!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles