Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Makan Malam di Restoran Thai Tomyam Kung

$
0
0
 Selamat berhujung minggu! Apa aktiviti hujung minggu kalian? DN akhir-akhir ini memang penuh jadual dengan kursus jadi kurang masa untuk bersosial bersama rakan-rakan. Walaubagaimanapun, aktiviti makan tetap tidak DN lupakan. Hee... Kali ini DN nak share makan malam DN di Restoran Thai Tomyam Kung yang bertempat di Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15, Putrajaya.
 
 Rata-rata menu yang disediakan adalah dari masakan Thai. Apabila teringatkan masakan Thai, pastinya kesedapan tomyam Thai menjadikan lidah mereka yang teringatnya terus terliur. Itulah yang DN rasai semasa memilih Tom Yum Kung bersaiz kecil yang berharga RM7.90 ini.
DN juga memilih sayuran Kangkung Crispy yang berharga Rm6.90. Rangup dan sangat sedap apabila dimakan dengan dicicah sos cili Thai masam manis pedas ini.
Pilihan lain selain dua menu di atas adalah Ikan Siakap Stim Limau bersaiz kecil yang berharga RM17.90. Ikan ini dihidangkan panas dengan api masih berada di bawah mangkuk ini. Oleh itu, memang kami sangat puas hati dengan rasa dan persembahan makanan ini.
Sekadar makan berdua, cukuplah hanya menu di atas dipilih. Pilih banyak-banyak, tak habis pula makan nanti. Minuman pula DN telah memilih Jus Oren manakala teman DN pula memilih Air Serai Wangi sejuk yang berharga Rm3.90 sahaja.

Pasti mereka yang berada di Putrajaya familiar dengan kedai makan ini. Apa yang telah menarik DN ke sini adalah kerana logo kedai ini yang seakan-akan Thai Airways. Hihi... Apa lagi yang sedap di sini? Ada cadangan? Lain kali bila ke sini DN boleh mencuba menu yang lain pula. (Makan sahaja DN ni kan. Hihihi...)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles