Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

deqnoor.com berwajah baru

$
0
0

Alhamdulillah... Bersempena blog DN yang bakal berusia 4 tahun pada Ogos 2013 ini, www.deqnoor.com sudah berwajah baru. Cadangnya bulan Ogos baru hendak make over blog ini. Tetapi memandangkan keesokannya semua umat Islam bakal menyambut Hari Raya InsyaAllah, DN awalkan sedikit wajah baru blog DN ini. Harap kalian dapat sesuaikan diri dengan wajah baru ini.

Sehubungan itu, bersempena dengan ulang tahun www.deqnoor.com, DN ingin memberikan duit raya RM10 kepada 5 orang pembaca setia yang dapat menjawab soalan dibawah dengan tepat dan paling cepat. 

1. Berikan nama penuh Deq Noor.
2. Apakah kerjaya tetap Deq Noor selain daripada blogger.
3. Bilakah hari ulang tahun blog Deq Noor.
4. Sudah berapa lama DN menulis di sini.

Cukuplah 4 soalan sempena usia blog DN yang sudah mencecah 4 tahun. Kalau budak, dah pandai bercakap, berjalan, berlari dan macam-macam lagi kan. Hint : Semua soalan di atas boleh didapati di dalam blog ini. Hanya perlu rajin mencari sahaja. Hehe... 

Semoga berjaya! Mereka yang berjaya akan DN maklumkan Khamis (01.08.13)ini. DN nak bagi duit raya ni... ^_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles