Alhamdulillah... Tahun ini sahabat-sahabat SLISS 9701 dapat iftar bersama di Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3 Shah Alam. Perancangan yang tidak sampai seminggu dengan kerjasama sahabat semua, akhirnya majlis Iftar ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Restoran Tirai Ratus ini menyajikan makanan Nasi Briani kambing, ayam dan daging serta makanan-makanan berlauk lain untuk buffet. Harga voucher yang kami dapat adalah RM28 untuk dewasa manakala RM19.90 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Kurang RM7 berbanding harga normal jika tidak memiliki voucher ini.
Walau bagaimanapun, Nasi Briani Gam dan Martabak Singapore tidak termasuk di dalam buffet ini. Perlu membayar harga tambahan jika memilih kedua-dua makanan tersebut. Harga? DN tidak pasti pula kerana DN hanya makan makanan buffet yang disediakan sahaja.
Bermula jam 6.30 petang, sahabat-sahabat SLISS 9701 beransur-ansur datang. Sambutan Iftar kali ini memang memberangsangkan kerana kami dapat menghimpunkan seramai 33 orang sahabat. Alhamdulillah... Moga sambutan sebegini akan berterusan.
Masing-masing datang dengan keluarga. Ada yang sedang mengandung, membawa anak seorang dan ada yang sudah mempunyai 2 orang anak. Seronok apabila melihat sahabat yang semakin besar keluarganya. Tidak ketinggalan, masih ada yang datang sendirian seperti DN. Tidak mengapa, sama-sama doakan supaya tahun depan kami yang bersendirian ini akan membawa pasangan di iftar akan datang. Hee...
Sahabat-sahabat SLISS 9701 yang hadir Iftar kali ini adalah seperti berikut :-
- Deq Noor Shafawati
- Mohamad Zaki Madon& family
- Faiz Mistar & family
- Nuri Aman Shah
- Suzana & family
- Fadhil Mistar & isteri
- Noor Khamisah
- Nurul Amalina& family
- Abdul Salam& family
- Heidir Lorn & pasangan
- Farid Noah, Nurhanim & anak
- Rizai, Ainul Farha & anak-anak
- Junaidi, Nawal Shakirah & anak
- Norul Izwana
- Muzamir Ali
- Khairul Anuar & isteri
- Shahril Bob & isteri
- Nurizzatty & family
Meriah bila dikumpulkan kesemuanya. Terima kasih kerana sudi hadir dan berbuka puasa bersama-sama. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita akan kekal erat selamanya.
Tidak dilupakan, terima kasih buat Firdaus Mohsen atas kek coklat dan Noor Baizura atas kuih raya yang sedap ini. Jika ada peluang, harap kalian dapat bersama-sama di lain aktiviti.
Tekan 'LIKE' pada link di bawah sebagai sokongan terhadap blog ini :-
Page : https://www.facebook.com/deqnoordotcom/posts/182142768623568
FB : https://www.facebook.com/deqnoor.shafawati/posts/687010921315337
Page : https://www.facebook.com/deqnoordotcom/posts/182142768623568
FB : https://www.facebook.com/deqnoor.shafawati/posts/687010921315337