Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

ICT Warong Pok Nong

$
0
0
 Pssst! Nak sambung sikit kisah travelog DN ke Terengganu hari itu. Buat pertama kali DN dengar istilah ICT di Terengganu. Tahu ke apa itu ICT? Ingat di Shah Alam sahaja ada ICT, Terengganu pun ada tau. Orang Terengganu memang dah familiar dengan ICT ini.


Sebenarnya, ICT itu adalah Ikan Celup Tepung. Haa... Boleh plak short form ICT digunakan di Terengganu kan. Comel je bunyinya. Semasa DN di Terengganu, DN telah dibawa mencuba ICT di Warong Pok Nong. Memang warong betul tempat ini tetapi ramai pengunjung yang datang makan di sini. Pasti sedap kan.

 

Menariknya di sini, setiap pengunjung yang datang makan berkumpul di meja dengan siap penyepit dan pinggan di tangan. Baru sahaja ICT diangkat dari kuali, maka berebut lah mereka ini mengambil makanan tersebut. Boleh tengok keek di bawah yang direkodkan oleh Bro Framestone jika mahu melihat sendiri bagaimana mereka berebutkan makanan tersebut.



Kami mengambil sotong dan ikan. Sotong datang besar-besar, jadi setiap meja disediakan gunting untuk menggunting sotong itu sendiri. Nak makan kena layan diri sendiri. Menarik juga konsep makan begini.


DN memilih untuk mencuba ABC di sini. Sedap juga dan memang serasi apabila makan ICT dengan ABC ini. Makan panas-panas, lepas itu minum air sejuk. Terbaik!

Lokasi tempat ini? Errr... DN tak berapa ingat lah. Sori... Tapi yang pasti kedai ini terletak tepi pantai.

Update : lokasi di Mengabang Telipot. Siap dapat GPS coordinat lagi. Hehe.. GPS: N 05.42802; E 103.072854


Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles