Siapa pernah ke Bali pasti tahu di Jimbaran Bay terdapat kedai makan seafood yang sangat besar. DN telah dibawa ke Muaya Cafe Area Jimbaran dengan berjalan kaki sahaja. Ini kerana dari The Royal Bali Beach Club, DN hanya perlu berjalan selama 10 minit merentasi Continental Hotel untuk sampai ke sini.
Banyak pilihan kedai makanan seafood di sini. DN telah dibawa ke Ubung Cafe. Memang disini penuh dengan orang ramai tidak kira orang tempatan ataupun antarabangsa. Jom DN tunjukkan dengan semua suasana di sini.
Ramai orang kan! Makan juga hanya diterangi dengan pelita. Sangat unik dan romantik. Pergi dengan pasangan mesti lagi best. Makan berdua diterangi cahaya pelita sambil mengadap pantai dengan mendengar deruan ombak. Perghhh! Puitis tetiba ayat-ayat DN. Hehehe... :p
DN dijamu dengan semua ini untuk makan malam semasa hari pertama sampai ke Bali. Banyak kan! Tak tahu macam mana nak habiskan. Ikan, sotong, udang, sayur... Memang tak sentuh nasi lah DN. Itu pun tetap DN tidak dapat habiskan lauk-lauk ini.
Makanan di sini memang sedap tetapi DN tidak berapa gemar dengan asap yang memenuhi ruang udara. Sedut ingat nak menghirup udara segar, tetapi asap yang dihidu. Sesak nafas juga DN dibuatnya. Lebih-lebih lagi tiada angin malam walaupun berada di tepi pantai.
Jika kalian ke Bali, boleh cuba seafood di sini. Harga mungkin agak mahal tetapi suasana makan di atas pasir pantai memang pengalaman yang patut dicuba semasa berada di sini.